Berikut merupakan fungsi-fungsi Unit Perancang Ekonomi :
- Merangka dasar dan strategi untuk pembangunan sosio-ekonomi;
- Menyediakan rancangan pembangunan jangka sederhana dan panjang;
- Menyediakan belanjawan bagi program dan projek pembangunan;
- Mengawal dan menilai pencapaian program dan projek pembangunan;
- Menasihati Kerajaan mengenai isu-isu ekonomi;
- Mengenalpasti dan melaksanakan penyelidikan ekonomi;
- Merancang dan menyelaras program penswastaan dan menilai pencapaiannya;
- Menyelaras penglibatan Malaysia dalam Pembangunan Pertumbuhan Segitiga;
- Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar dan garis panduan pelaburan asing; dan
- Menimbang dan memperakukan cadangan penyusunan semula ekuiti syarikat selaras dengan dasar penyususunan semula ekuiti korporat.
Kemaskini : Khamis, 7 Januari 2010