Kitaran Projek Kitaran Projek

Projek pembangunan dirancang dan dilaksana mengikut urutan tertentu bermula dengan strategi sektor (kementerian) untuk mencapai satu set objektif yang akan disedia, dilaksana, dipantau dan dinilai bertujuan untuk menambahbaik strategi dan projek seterusnya. Kitaran projek menyediakan struktur untuk memastikan pendapat stakeholder dan maklumat berkaitan diperoleh untuk membuat keputusan pada setiap peringkat dalam jangka hayat sesuatu projek. Kitaran projek pembangunan mempunyai 4 fasa, iaitu Fasa Perancangan, Fasa Kelulusan, Fasa Pelaksanaan dan Pemantauan serta Fasa Penilaian.

Kitaran projek pembangunan mempunyai fasa-fasa berikut :

  • Fasa perancangan projek;
  • Fasa kelulusan;
  • Fasa pelaksanaan dan pemantauan; dan
  • Fasa penilaian.

bullet FASA PERANCANGAN PROJEK

Fasa Perancangan projek pembangunan meliputi aktiviti berikut :

  • Projek dikenalpasti menggunakan Pendekatan Kerangka Logik (Logical Framework Approach –LFA);
  • Kajian Kemungkinan; dan
  • Penyediaan ringkasan projek dalam format Matriks Kerangka Logik (Logical Framework Matrix–LFM) berdasarkan kepada analisis LFA dan kajian kemungkinan.

 

bullet FASA KELULUSAN

Cadangan projek pembangunan yang dikemukakan oleh kementerian dipertimbang dan dilulus dengan menggunakan dua kaedah iaitu, LFM dan Pengurusan Nilai.

a) LFA berdasarkan kepada LFM Projek yang dilampirkan dalam SPPII. Penilaian projek adalah berdasarkan kepada kriteria berikut :

i. Sejauh mana outcome projek menyumbang kepada outcome nasional; dan

ii. Kaitan projek dengan strategi sektor/kementerian dan keperluan kumpulan sasaran dari sudut :

  • Samada stakeholder projek dikenalpasti dengan jelas;
  • Kaitan dengan masalah dan penyelesaian yang dikenal pasti oleh projek lain; dan
  • Objektif projek menunjukkan faedah yang boleh diukur secara objektif kepada stakeholder.

b) Pengurusan Nilai bagi menilai konsep dan rekabentuk projek berdasarkan kepada LFM yang dilampirkan dalam SPP II dan Laporan Kajian Kemungkinan. Pengurusan Nilai  melibatkan kesemua stakeholder utama projek dan bertujuan untuk :

  • memahami konsep dan reka bentuk projek dari sudut pandangan berbagai pihak;
  • mengenal pasti rasional, outcome, output, aktiviti, keperluan kewangan, sumber manusia (kepakaran) dan peralatan dengan lebih tepat;
  • mencapai persefahaman di kalangan stakeholder dari sudut norma, nilai (kos, kualiti dan tempoh masa), prosedur dan jadual kerja supaya komitmen semua pihak dapat diperolehi semasa pelaksanaan projek.   

Berdasarkan hasil penilaian cadangan projek berdasarkan LFM dan pengurusan nilai projek disenarai pendek untuk pemilihan dan kelulusan. Projek yang diluluskan disediakan siling peruntukan berdasarkan kepada jadual kerja dan aliran tunai yang dipersetujui semasa pengurusan nilai dan kemampuan pembiayaan semasa kerajaan.

 

Mukasurat: 1  2  3