| Unit Perancang Ekonomi adalah agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyediakan pelan pembangunan Negara. Unit ini telah ditubuhkan pada tahun 1961, di mana ia berkembang dari Sekretariat Ekonomi Jawatankuasa Ekonomi Majlis Eksekutif Persekutuan Malaysia, ialah untuk “memfokuskan pelan pembangunan, perlaksanaan pelan yang berisiko tinggi dan segala bentuk bantuan luar”. Pada tahun itu, Kerajaan juga menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Perancangan Negara, dengan Unit Perancang Ekonomi sebagai sekretariatnya. Sementara Kabinet terus mengekalkan tanggungjawab utama bagi perancangan di negara ini, Jawatankuasa Pembangunan Perancangan Negara telah dipertanggungjawabkan untuk merumuskan, melaksana, menilai kemajuan, dan menyemak pelan-pelan pembangunan. Semenjak penubuhannya hampir 43 tahun lalu, fungsi UPE pada dasarnya tidak berubah meskipun ada fungsi-fungsi tambahan sejajar dengan penekanan ke atas perubahan dasar pembangunan. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Senarai Ketua Pengarah Terdahulu (1971 - 2011) |