Objektif
Menentukan kualiti modal insan selaras dengan keperluan pembangunan ekonomi negara

Fungsi
- Mengenal pasti dan menganalisis isu-isu berkaitan pembangunan modal insan dan pasaran buruh serta mengemukakan cadangan untuk menanganinya;
- Menggubal dasar dan strategi pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat untuk memastikan sistem penyampaian menyediakan modal insan berkelayakan tinggi yang mencukupi bagi memastikan kemampanan pertumbuhan dan daya saing ekonomi;
- Menyediakan unjuran kependudukan dan tenaga buruh serta guna tenaga mengikut sektor ekonomi, kumpulan pekerjaan utama dan pekerjaan terpilih bagi tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang;
- Menggubal dasar dan strategi kependudukan, tenaga buruh, guna tenaga dan pasaran buruh untuk meningkatkan penggunaan tenaga kerja tempatan dan memastikan kebekerkesanan dan kecekapan fungsi pasaran buruh;
- Menilai dan menyediakan peruntukan pembangunan untuk program dan projek pendidikan dan latihan serta memantau pelaksanaannya;
- Menilai impak program dan projek pembangunan modal insan; dan
- To act as the secretariat to the national advisory council on education and training.

Piagam Pelanggan
Kami berjanji akan melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan professional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut :
- Melaksanakan tugas penyediaan Rangka Rancangan Jangka panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal mengikut jadual serta secara professional, cekap berkualiti dan berkesan;
- Menggubal dan menyelaras pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan sumber manusia untuk tempoh jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang bagi mengoptimumkan penggunaan sumber manusia;
- Menyedia dan membekalkan unjuran guna tenaga mengikut sektor dan pekerjaan di peringkat satu digit dalam tempoh 7 (tujuh) hari dari tarikh penerimaan data terkini dan unjuran KDNK dari agensi yang memohon;
- Menyedia dan membekal unjuran penduduk mengikut etnik utama dan struktur umur untuk tujuan perancangan dalam tempoh masa yang ditetapkan;
- Menyedia maklumat suku tahunan kadar pengangguran dan maklumat bulanan trend produktiviti dan upah bagi sektor pembuatan serta maklumat mingguan pemberhentian pekerja, kekosongan jawatan dan pendaftar baru dalam tempoh masa yang ditetapkan;
- Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh 2 minggu;
- Memainkan peranan sebagai focal point dalam menyelaras tindakan dan penglibatan Malaysia yang berkaitan dengan pembangunan sumber manusia di persidangan antarabangsa;
- Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri/Menteri/Exco MTEN dalam tempoh 3 hari dari tarikh arahan.
Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pengguna.