ICT ICT

bullet Meletakkan Malaysia sebagai sebuah Hab Utama Global bagi ICT dan Multimedia

  • Fokus akan ditumpukan ke arah mencapai prestasi bertaraf dunia, dalam erti kata ketersediaan, kemampuan dan produktiviti perkhidmatannya. Untuk memudahkan syarikat Malaysia bersaing secara global, ICT akan digunakan sebagai landasan utama terutamanya di dalam sektor kritikal seperti perbankan dan kewangan, logistik, pembuatan dan perkhidmatan-perkhidmatan utama.

divider

bullet Menaiktaraf dan Memperluaskan Infrastrukur Komunikasi Untuk Meningkatkan Ketersampaian di Seluruh Negara Sebagai Satu Cara Untuk Merapatkan Jurang Digital

  • Usaha akan difokuskan bagi menaiktaraf rangkaian komunikasi sejajar dengan kemajuan teknologi, memberi akses jalur lebar dengan mengenakan bayaran kadar rata berasaskan lebar jalur yang mampu dibayar, memperluaskan infrastruktur ICT ke luar bandar sebagai salah satu usaha untuk merapatkan jurang digital di antara bandar dan luar bandar, seterusnya menghasilkan pembangunan yang seimbang di dalam negara.

divider

bullet Mempertingkatkan Pembangunan Sumber Manusia di dalam ICT Untuk Menambah Bekalan Tenaga Kerja yang Berkemahiran Tinggi dan Berpengetahuan

  • Untuk memenuhi permintaan untuk pekerja ICT yang meningkat, usaha akan dibuat untuk memperbaiki dan memperluaskan pendidikan ICT. Akses Internet akan sediakan di sekolah-sekolah dan kepada mereka yang berada di luar bandar di mana terdapat masaalah mendapatkan akses dengan cara konvensional, akses akan diperolehi melalui komunikasi satelit, terutamanya teknologi VSAT. Latihan ICT akan terus diberi penekanan disebabkan oleh kadar perubahan teknologi ICT akan menjadikan latihan tenaga kerja ICT yang berterusan adalah sesuatu yang perlu. Firma-firma akan digalakkan untuk menghantar pekerja untuk latihan bagi mengemaskini kemahiran mereka, lantas meningkatkan hasil dan produktiviti mereka.

divider

bullet Mempromosikan E-Dagang dan Mempertingkatkan Penggunaannya Untuk Bersaing Dengan Lebih Efektif di Pasaran Global

  • Fokus khas akan diberikan ke arah mempromosi dan menggalakkan penggunaan e-dagang yang lebih luas sebagai satu cara untuk menjalankan perniagaan melalui rangkaian digital. Kerajaan juga akan mengambil langkah-langkah untuk mewujudkan kepercayaan dan keyakinan terhadap e-dagang termasuk sekuriti dan privasi pengguna. Sokongan infrastruktur dan logistik yang merangkumi rangkaian, sistem pembayaran dan logistik juga akan diberikan untuk mempertingkatkan pembangunan e-dagang. Perniagaan dan komuniti digalakkan untuk memberi tindak balas dan turut serta secara aktif di dalam pembangunan dan pengunaan e-dagang.

 

Mukasurat: 1  2