Latar Belakang
Seksyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) adalah salah satu seksyen yang berperanan dalam memberikan kemudahan perkhidmatan dan sokongan kepada ke semua seksyen di Unit Perancang Ekonomi (UPE).

Objektif
- Menyediakan kemudahan perkhidmatan komputer kepada seksyen-seksyen di Unit Perancang Ekonomi (UPE) dalam membuat perancangan dasar ekonomi Negara. Memastikan kerja-kerja menganalisa data-data ekonomi dapat dilaksanakan dengan mudah, cepat dan sempurna.
- Menyediakan peralatan dan perisian yang lengkap bagi menampung keperluan kemudahan komputer yang sentiasa berubah-ubah.
- Memastikan pegawai dan kakitangan UPE didedahkan dengan pengetahuan teknologi komputer yang secukupnya iaitu dengan cara mengadakan program latihan yang berterusan.

Fungsi Utama
- Merancang dan menyediakan sumber-sumber dan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyokong objektif dan fungsi UPE.
- Merancang, mengkaji, merekabentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem/aplikasi dan pangkalan data-pangkalan data untuk menyokong fungsi-fungsi pengoperasian dan pengurusan UPE.
- Menyediakan infrastruktur ICT UPE seperti merekabentuk, membangun, menyelenggara, menyelaras, menaiktaraf dan mengawasi perjalanan Sistem Rangkaian Komputer Setempat (LAN) dan INTERNET.
- Mengurus penyelenggaraan dan pengoperasian semua perkakasan dan perisian komputer supaya sentiasa dalam keadaan baik.
- Mengurus, melaksana, menyelaras, menguatkuasa dan memantau keselamatan ICT di UPE.
- Menyediakan program-program latihan dan pembudayaan ICT di kalangan warga UPE.
- Memberi khidmat nasihat/sokongan dan perkhidmatan ‘help desk’ kepada pengguna-pengguna komputer UPE.

Piagam Pelanggan
Sebagai seksyen yang memberikan kemudahan perkhidmatan dan sokongan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) kepada kesemua seksyen-seksyen di Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), seksyen ini berazam akan melaksanakan matlamat dan strategi yang telah ditetapkan bagi memastikan kesemua pelanggan menerima perkhidmatan yang cepat dan berkesan.
Seksyen ini berjanji akan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi agar sentiasa bergerak ke arah pencapaian matlamat UPE. Dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan, kami berjanji akan:
- Menyediakan kemudahan ICT yang terkini dan mematuhi piawai yang digariskan oleh Kerajaan;
- Memastikan rangkaian komputer dan semua sistem aplikasi yang dibangunkan dapat memenuhi keperluan pengguna, mudah diguna dan berfungsi sepenuhnya di sepanjang waktu;
- Memastikan keselamatan rangkaian komputer, maklumat dalam pangkalan data dan maklumat terperingkat yang lain sentiasa terpelihara;
- Membangun dan menyiapkan sistem aplikasi berserta dokumentasi dan latihan dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima;
- Memberi maklumbalas dan bantuan teknikal kepada setiap aduan yang diterima dan menyelesaikan masalah dalam tempoh tidak lebih dari dua (2) hari waktu bekerja;
- Memastikan maklumat di laman-laman web UPE dan MTEN sentiasa terkini dan dapat dicapai di sepanjang waktu;
- Mengemaskini pangkalan data dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh penerimaan data dan menghasilkan laporan dalam jangkamasa tiga (3) hari dari tarikh permohonan;
- Menyediakan kemudahan peralatan komputer dengan nisbah satu (1) PC bagi setiap orang pegawai (1:1); dan
- Memastikan warga UPE didedahkan kepada teknologi ICT yang terkini melalui program latihan berkala dua (2) kali setahun.
- Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pengguna.

Maklumat Untuk Dihubungi
Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,
Aras -2, Blok B5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725396
Faks : 03-88892506
Carta Organisasi
Kembali ke Atas ↑