Objektif
- Merancang, menilai dan mengkaji semula dasar-dasar mengenai jalanraya, rel, lapangan terbang, pelabuhan dan kemudahan-kemudahan awam yang memberi sokongan kepada sektor-sektor lain bagi mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi.
- Memastikan perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan-kemudahan awam mencukupi, efisyen dan keberkesanan kos serta ianya dapat disediakan secara kompetitif.
- Mempastikan peruntukan yang mencukupi disediakan selaras dengan keutamaan sektor dan menentukan agensi-agensi yang berkaitan mempunyai kebolehan serta keupayaan yang diperlukan untuk mengimplementasikan program pembangunan.
- Mengawasi dan menyelaras pelaksanaan rancangan-rancangan/ projek dapat dilaksanakan dan disiapkan sebagaimana yang dirancangkan.

Fungsi Utama
- Menggubal dasar-dasar, strategi-strategi, rancangan-rancangan dan program-program berhubung dengan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam termasuk jalan raya, jambatan, bangunan, pengangkutan bandar dan rel, pelabuhan, penerbangan awam serta sumber air dan pembetungan.
- Menggubal kriteria-kriteria bagi menilai projek-projek infrastruktur dan kemudahan awam untuk peringkat kajian dan pelaksanaan.
- Menyediakan peruntukan siling dan menilai projek-projek infrastruktur dan kemudahan awam bagi peringkat kajian dan pelaksanaan.
- Menyediakan senarai projek-projek infrastruktur dan kemudahan awam mendapatkan pembiayaan/bantuan teknik asing.
- Menyediakan dokumen Rancangan Lima Tahun/Rangka Rancangan Jangka Panjang/Kenyataan Dasar.
- Pemeriksaan anggaran belanjawan tahunan, perubahan skop dan penyediaan notis perubahan bagi projek-projek infrastruktur dan kemudahan awam.

Piagam Pelanggan
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut:
- Merancang pembangunan sektor infrastruktur dan kemudahan awam secara proaktif, profesional dan berkesan;
- Melaksanakan tugas-tugas penyediakan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengikut jadual secara profesional, cekap berkualiti dan berkesan;
- Menilai, menyelaras dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah sektor-sektor tersebut selaras dengan jadual penyediaan dokumen Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan Rancangan Pembangunan Lima Tahun;
- Mengkaji, memproses dan memperaku permohonan perubahan skop projek, pengwujudan projek baru dan menyediakan notis perubahan berhubung dengan pindaan-pindaan siling peruntukan dalam tempoh 2 minggu setelah menerima maklumat lengkap daripada Kementerian/Agensi;
- Membantu Kementerian Kewangan dalam pemeriksaan peruntukan pembangunan tahunan bagi program dan projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengikut jadual yang ditetapkan;
- Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh 2 minggu;
- Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri / Majlis Ekonomi / Menteri / Exco MTEN dalam tempoh tiga hari dari tarikh arahan;
- Menjawab semua pertanyaan secara profesional berkaitan dengan infrastruktur dan kemudahan awam dan menyelesaikan masalah secepat mungkin secara tepat, jelas dan bersopan santun; dan
- Menyediakan ulasan dan pandangan berhubung permohonan melaksanakan projek infrastruktur dan kemudahan awam kepada pihak pengurusan UPE dan memaklumkan kepada pemohon dalam tempoh 1 bulan setelah kertas cadangan atau laporan tersebut diterima daripada pihak Syarikat/Konsortium.
Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pengguna.

Maklumat Untuk Dihubungi
Seksyen Infrastruktur dan Kemudahan Awam,
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,
Aras 5, Blok B6,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725519
Faks: 03-88883616
Carta Organisasi
Kembali ke Atas ↑