Fungsi Utama
- Merumuskan polisi dan strategi untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa sejajar dengan keutamaan negara.
- Menyelaraskan program bantuan teknikal dan bantuan modal dari sumber dua hala dan pelbagai hala.

Piagam Pelanggan
Kami berjanji akan melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada kami dan berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami selaras dengan budaya kerja cemerlang yang menjadi amalan dan pegangan kami:
- Menjalankan fungsi focal point/stakeholders bagi kerjasama antarabangsa iaitu:
- Rakan pembangunan : Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Danish International Development Agency (DANIDA)
- Agensi pembangunan antarabangsa pelbagai hala: United Nations Development Programme (UNDP), United Nations Children’s Fund (UNICEF) dan United Nations Population Fund (UNFPA), UNESCAP dan lain-lain agensi di bawah UN, Commonwealth Secretariat (COMSEC) dan Kesatuan Eropah (EU
- Bank pembangunan antarabangsa: World Bank (WB), Islamic Development Bank (IDB) dan Asian Development Bank (ADB)
- Menyediakan dan menyelaras peruntukan kewangan serta penyaluran sumbangan kepada organisasi antarabangsa;
- Menyelaras permohonan latihan jangka masa pendek / panjang dari agensi/badan Antarabangsa di mana UPE menjadi focal point dan memberi khidmat nasihat bagi perkara yang berkaitan
- Meningkatkan hubungan kerjasama di antara Malaysia dengan negara-negara komanwel, Rancangan Colombo serta hubungan dua hala dengan negara penderma;
- Memastikan program bantuan teknikal dimanfaatkan sepenuhnya oleh negara penerima dan agensi Kerajaan mengikut bidang keutamaan;
- Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh 2 minggu;
- Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri / Menteri dalam tempoh 3 hari dari tarikh arahan; dan
- Menjawab semua pertanyaan secara profesional berkaitan dengan isu-isu bantuan teknikal.
Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pengguna.

Halaman Berkaitan

Maklumat Untuk Dihubungi
Unit Kerjasama Antarabangsa,
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,
Aras 2, Blok B5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88723337
Faks : 03-88883876
Carta Organisasi