Pengenalan
Dana Komanwel bagi Kerjasama Teknikal (Commonwealth Fund for Technical Co-operation, CFTC) merupakan cara utama di mana pihak Komanwel menggalakkan pembangunan sosial dan ekonomi serta pengurangan kemiskinan di negara-negara ahli.
Satu Memorandum Persefahaman telah diputuskan di antara Sekretariat Komanwel dan Kerajaan Malaysia pada 11 November 1974 di mana Sekretariat Komanwel akan memberikan bantuan teknikal kepada Kerajaan Malaysia yang dibiayai oleh CFTC dan Kerajaan Malaysia bertanggungjawab terhadap bantuan itu. Semenjak penubuhannya, aktiviti CFTC telah berjalan lancar di Malaysia.
Kerjasama Teknikal bersama Sekretariat Komanwel adalah termasuk;
- Penghantaran petugas Malaysia sebagai pakar dan perunding untuk projek-projek bantuan teknikal di negara Komanwel yang lain untuk memudahkan pemindahan ilmu pengetahuan dan kepakaran di dalam bidang teknikal kepada sesetengah negara membangun.
- Penubuhan Pusat Pelancongan Komanwel di Malaysia untuk menggalakkan pertukaran informasi, mempromosikan pelaburan pasaran.
- Menjalankan program latihan yang diberi oleh institut latihan di Malaysia.