Objektif
- Merancang dasar dan strategi pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan ke arah mencapai status negara maju.
- Membangun, menyelaras dan memantau sektor ICT bagi meningkatkan ekonomi berasaskan pengetahuan dalam rantaian nilai yang lebih tinggi.

Fungsi Utama
- Melaksanakan tugas penyediaan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal yang berkaitan dengan ekonomi berasaskan pengetahuan (K-ekonomi) dan sektor ICT;
- Mencadang dan memantau peruntukan pembangunan bagi sektor ICT bagi tempoh rancangan lima tahun dan membuat kajian semula di bawah kajian separuh penggal;
- Menggubal dasar dan strategi bagi pembangunan K-ekonomi;
- Menyelaras dan memantau semua usaha ke arah pencapaian K-ekonomi;
- Menggubal dasar dan strategi bagi mengalakkan pembangunan industri ICT;
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan Rangka Kerja Strategik Kebangsaan bagi BDD (NSF-BDD);
- Membuat penilaian ke atas hasil/pencapaian dan impak dasar dan strategi bagi sektor ICT;
- Menjalankan kajian/penyelidikan berkaitan K-ekonomi dan pembangunan sektor ICT;
- Menjadi urusetia serta ahli kepada pelbagai jawatankuasa berkaitan pembangunan ICT di peringkat kebangsaan, kementerian dan negeri.
Paparan : 16537
Tarikh Akhir Dikemaskini : 02 Mei 2012