Di Malaysia, peringkat tertinggi dalam membuat keputusan dalam perihal polisi awam yang utama dan bidang sosial adalah Majlis Perancangan Negara (NPC) yang merupakan jawatakuasa ekonomi Kabinet terdiri daripada beberapa menteri ekonomi yang penting.
Rajah di bawah memberi ringkasan tentang jentera perancangan Kerajaan Persekutuan. Selain dari NPC, terdapat dua lagi Majlis Kementerian, iaitu Majlis Tindakan Negara yang menimbangkan hal-hal perlaksanaan program pembangunan serta projek dan Majlis Keselamatan Negara yang berurusan dengan aspek keselamatan. Kesemua Majlis ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Jentera Perancangan , Penyelarasan dan Penilaian

Untuk tujuan pertimbangan yang teliti, terdapat Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara (NDPC) yang merupakan jawatankuasa pegawai-pegawai kanan kerajaan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kerajaan. Ketua-ketua kementerian pembangunan ekonomi termasuk Gabenor Bank Negara, adalah ahli jawatankuasa ini. NDPC adalah bertanggungjawab untuk merumuskan dan menyemak semula semua pelan untuk pembangunan negara dan membuat cadangan ke atas peruntukan sumber-sumber. Ia juga bertanggungjawab menyelia perlaksanaan pelan pembangunan negara.
Perancangan pada peringkat Persekutuan diambil oleh agensi pusat seperti UPE, Unit Koordinasi Perlaksanaan (ICU), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri, Perbendaharaan dan Bank Negara, dan juga sel-sel perancangan pelbagai kementerian dan agensi. Susunan yang serupa wujud di tahap negeri dan daerah. Di tahap negeri, Unit Perancangan Negeri dan Pejabat Pembangunan Negeri bertanggungjawab untuk merumuskan strategi pembangunan negeri dan menyelaras penyediaan program dan pojek pembangunan negeri.
[ Atas ]