 | Konsep Pengkorporatan Malaysia pertama kali diumumkan oleh Perdana Menteri pada tahun 1983 dan ia melambangkan cara baru melaksanakan tugas bagi pembangunan negara. |
Untuk menjalankan konsep ini, beberapa mekanisma telah diwujudkan:
- Pengurangan peraturan birokrasi yang rumit dan tidak cekap.
- Memperbaiki sistem penyampaian.
- Menginstitusikan jentera perundingan antara sektor awam dan swasta;
- Mewujudkan program perkongsian dalam usaha membina negara di antara sektor awam dan swasta;
- Meneruskan penswastaan.