Latar Belakang
Seksyen Industri Pembuatan, Sains dan Teknologi terlibat secara langsung dalam perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi dan program yang menyeluruh atau ‘across the board’ ke atas sektor pembuatan. Bidang STI sebahagian besarnya berkaitan dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengkomersilan, yang merupakan salah satu peneraju atau pemangkin (catalyst) utama kepada pembangunan sektor pembuatan sebagaimana yang digariskan di bawah dasar-dasar Kerajaan seperti Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3), Dasar Sains dan Teknologi Kedua, Dasar Bioteknologi Negara dan Dasar Automotif Nasional. Di samping pembangunan sektor pembuatan yang utama, Seksyen juga mempunyai peranan dalam membangunkan enterpris kecil dan sederhana (EKS) dan sektor bioteknologi yang merupakan pemacu sektor pertumbuhan baru supaya potensi bioteknologi dapat digunakan sebagai sumber penjanaan kekayaan dan meningkatkan aplikasi bioteknologi dalam pelbagai sektor ekonomi.

Objektif
Seksyen Industri Pembuatan, Sains & Teknologi merangka dan merancang dasar, strategi dan program untuk sektor pembuatan, sains, teknologi dan inovasi (STI), bioteknologi dan enterpris kecil dan sederhana (EKS) untuk menjadikan Sektor Pembuatan, Sains & Teknologi sebagai sektor yang kukuh dalam meneraju pertumbuhan ekonomi Negara.

Fungsi Utama
- Merangka, merancang dan mengkaji dasar, strategi dan program ke arah mencapai matlamat menjadikan sektor pembuatan, sains & teknologi termasuk bioteknologi sebagai sektor yang kukuh dalam meneraju pertumbuhan ekonomi negara;
- Menilai, menyelaras dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program dan projek kementerian dan agensi berkaitan untuk pembangunan sektor pembuatan, sains & teknologi dan bioteknologi;
- Memantau dan mengkaji semula kesesuaian pelaksanaan dasar, strategi dan program dan projek pembangunan sektor pembuatan , sains & teknologi dan bioteknologi serta mengenal pasti keberkesanan dan impak projek di peringkat pelaksanaan dan mencadangkan penyesuaian di mana perlu;
- Menjalankan kajian penyelidikanbagi penyediaan profil dan laporan perkembangan sektor pembuatan, sains & teknologi dan bioteknologi serta menganalisis arah alirannya dalam ekonomi;
- Menyedia dan menyelaras penyediaan kertas dasar/kertas ulasan bagi cadangan projek kajian kemungkinan serta pemilihan pakar perunding dan pelaksanaan kerja susulan;
- Menyediakan input bagi draf bab yang berkaitan untuk dokumen RRJP, RMLT dan KSP ke arah mencapai Wawasan 2020;
- Menjalin kerjasama erat sektor swasta dan awam dalam memacu pembangunan sektor pembuatan, sains & teknologi dengan memastikan ia selaras dengan matlamat Teras Nasional;
- Menyediakan ulasan dan maklumbalas ke atas Memorandum dan Kertas Jemaah Menteri dan Laporan Kementerian serta Agensi.

Piagam Pelanggan
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:
- Merancang pembangunan sektor Pembuatan, Sains dan Teknologi serta Bioteknologi secara proaktif, profesional dan berkesan;
- Melaksanakan tugas-tugas penyediaan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal mengikut jadual yang ditetapkan secara profesional, cekap, berkualiti dan berkesan;
- Menilai, menyelaras dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah sektor Pembuatan, Sains dan Teknologi serta Bioteknologi selaras dengan jadual penyediaan dokumen Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal bagi Rancangan Pembangunan Lima Tahun;
- Mengkaji, memproses dan memperaku permohonan perubahan skop projek, pewujudan projek baru dan menyediakan notis perubahan berhubung dengan pindaan-pindaan siling peruntukan dalam tempoh 2 minggu selepas menerima maklumat lengkap daripada Kementerian/Agensi;
- Membantu Kementerian Kewangan dalam pemeriksaan belanjawan bagi peruntukan pembangunan tahunan program dan projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal bagi Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengikut jadual yang ditetapkan;
- Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh 2 minggu;
- Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri/Majlis-majlis yang dianggotai UPE dalam sektor Pembuatan, Sains dan Teknologi serta Bioteknologi dalam tempoh tiga hari dari tarikh arahan;
- Menjawab semua pertanyaan berkaitan sektor Pembuatan, Sains dan Teknologi serta Bioteknologi dan menyelesaikan masalah secepat mungkin secara tepat, jelas dan bersopan santun; dan
- Menyediakan ulasan dan pandangan berhubung dengan permohonan melaksanakan projek untuk sektor Pembuatan, Sains dan Teknologi serta Bioteknologi kepada pihak pengurusan UPE dan memaklumkan kepada pemohon dalam tempoh 1 bulan setelah kertas cadangan atau laporan tersebut diterima daripada pihak Syarikat/Konsortium.
Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan selamat.

Maklumat Untuk Dihubungi
NOORHISHAM ALI
Penolong Pengarah
03 – 8872 5508
noorhisham@epu.gov.my
JEANNIE CHRISTIE ROBERT LANYO
Penolong Pengarah
03 – 8872 5507
jeannie@epu.gov.my
Seksyen Industri Pembuatan, Sains dan Teknologi,
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok B6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
Tel. No. : 03-88725497
Fax : 03-88883644
Pautan ke e-Dairi : http://online.epu.gov.my/ipst2
Carta Organisasi