Carta Organisasi:
Bahagian Bajet Pembangunan

Hubungi Kami:
Bahagian Bajet Pembangunan,
Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 2, Setia Perdana 6, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725446
Faks : 03-88883768

Fungsi Utama

  • Merancang, menggubal serta menilai semula dasar dan strategi bajet pembangunan bagi memastikan dasar dan strategi tersebut selaras dengan dasar Rancangan Pembangunan;
  • Menilai dan mengkaji semula keberkesanan dasar dan strategi perancangan program dan projek bagi memastikan rancangan jangka panjang yang bersepadu dan terselaras dapat disediakan;
  • Menyelaras agihan siling peruntukan bajet pembangunan secara rolling plan bagi Rancangan Pembangunan Malaysia;
  • Memantau dan menilai status pelaksanaan program dan projek secara keseluruhan termasuk prestasi kewangan, fizikal dan outcome;
  • Mengkaji, memproses dan memperaku permohonan notis perubahan secara online daripada kementerian dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah menerima maklumat lengkap;
  • Mengenal pasti keperluan latihan perancangan program dan projek Kementerian dan agensi bagi membuat cadangan kandungan dan bentuk latihan yang sesuai;
  • Memberi khidmat nasihat kepada Kementerian dan agensi dalam aspek perancangan program dan projek, agihan bajet pembangunan serta pelaksanaan pendekatan berasaskan outcome; dan
  • Menyelaras dan memantau prestasi pencapaian Inisiatif Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
  • Menyelaras agihan siling peruntukan pembangunan bagi program dan projek secara rolling plan setiap tahun bagi Rancangan Pembangunan Malaysia;
  • Menyediakan garis panduan pemeriksaan bajet pembangunan bagi setiap Rancangan Pembangunan Malaysia;
  • Mengkaji, memproses dan memperaku permohonan notis perubahan secara online daripada kementerian dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah menerima maklumat lengkap;
  • Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua (2) minggu;
  • Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri, Majlis Ekonomi dan Y.B. Menteri dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh arahan;
  • Memberi khidmat nasihat secara professional dalam aspek perancangan program dan projek,agihan bajet pembangunan serta pelaksanaan pendekatan berasaskan outcome; dan
  • Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan mesra pelanggan.