Carta Organisasi:
Infrastruktur dan Kemudahan Awam

Maklumat Perhubungan:
Bahagian Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 5, Setia Perdana 6, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.
Tel No. : 03-88725519
Fax: 03-88883616

Objektif

  • Merancang, menilai dan mengkaji semula dasar-dasar mengenai jalanraya, rel, lapangan terbang, pelabuhan dan kemudahan-kemudahan awam yang memberi sokongan kepada sektor-sektor lain bagi mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi.
  • Memastikan perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan-kemudahan awam mencukupi, efisyen dan keberkesanan kos serta ianya dapat disediakan secara kompetitif.
  • Mempastikan peruntukan yang mencukupi disediakan selaras dengan keutamaan sektor dan menentukan agensi-agensi yang berkaitan mempunyai kebolehan serta keupayaan yang diperlukan untuk mengimplementasikan program pembangunan.
  • Mengawasi dan menyelaras pelaksanaan rancangan-rancangan/ projek dapat dilaksanakan dan disiapkan sebagaimana yang dirancangkan.

Fungsi Utama

  • Menggubal dasar-dasar, strategi-strategi, rancangan-rancangan dan program-program berhubung dengan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam termasuk jalan raya dan jambatan, pengangkutan bandar dan rel, pelabuhan, penerbangan awam serta sumber air dan pembentungan.
  • Mengubal kriteria-kriteria bagi menilai projek-projek infrastruktur dan kemudahan awam untuk peringkat kajian dan pelaksanaan.
  • Menyediakan senarai projek-projek infrastruktur dan kemudahan awam bagi peringkat kajian dan pelaksanaan.
  • Menyediakan senarai projek-projek infrastruktur dan kemudahan awam mendapatkan pembiayaan / bantuan teknik asing.
  • Menyediakan dokumen Rancangan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal bagi Rancangan Lima Tahun.
  • Pemeriksaan anggaran belanjawan tahunan, perubahan skop dan penyediaan notis perubahan bagi projek-projek infrastruktur dan kemudahan awam.
  • Penyediaan kertas kerja / memorandum kepada Jemaah Menteri / Menteri serta agensi-agensi membuat ulasan ke atas Kertas Memorandum Jemaah Menteri.
  • Memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam.
  • Membantu menjalankan tugas-tugas khas yang diarahkan dari masa ke semasa.

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut:

  • Merancang pembangunan sektor infrastruktur dan kemudahan awam secara proaktif, profesional dan berkesan;
  • Melaksanakan tugas-tugas penyediakan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengikut jadual secara profesional, cekap berkualiti dan berkesan;
  • Menilai, menyelaras dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah sektor-sektor tersebut selaras dengan jadual penyediaan dokumen Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan Rancangan Pembangunan Lima Tahun;
  • Mengkaji, memproses dan memperaku permohonan perubahan skop projek, pengwujudan projek baru dan menyediakan notis perubahan berhubung dengan pindaan-pindaan siling peruntukan dalam tempoh duan (2) minggu setelah menerima maklumat lengkap daripada Kementerian/Agensi;
  • Membantu Kementerian Kewangan dalam pemeriksaan peruntukan pembangunan tahunan bagi program dan projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan
  • Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengikut jadual yang ditetapkan;
  • Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua (2) minggu;
  • Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri / Menteri dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh arahan; dan
  • Menjawab semua pertanyaan secara profesional berkaitan dengan infrastruktur dan kemudahan awam dan menyelesaikan masalah secepat mungkin secara tepat, jelas dan bersopan santun.
Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pengguna.