Carta Organisasi:
Bahagian K-Ekonomi

Hubungi Kami:
Bahagian K-Ekonomi,
Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 1, Setia Perdana 6, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725480
Faks : 03-88891169

Latar Belakang

Bahagian K-Ekonomi (BKE) telah dibentuk menerusi penyusunan semula Seksyen Penilaian, Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada tahun 2007. Bahagian ini diwujudkan bagi menyokong pembentukan ekosistem yang kondusif untuk pembangunan industri ICT serta memperluas penggunaan ICT dalam meningkatkan sistem penyampaian kerajaan. Fungsi ini adalah selaras dengan usaha untuk mentransformasi negara ke arah sebuah ekonomi digital berasaskan pengetahuan yang berinovatif.

Objektif

  • Merancang dasar dan strategi pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan melalui inovasi dan produktiviti untuk meningkatkan daya saing dan penjanaan kekayaan;
  • Mengoptimumkan pengagihan sumber kewangan melalui peruntukan Bajet Pembangunan bagi program dan projek ekonomi digital; dan
  • Menyelaras dan memantau sektor ICT bagi meningkatkan ekonomi berasaskan pengetahuan dalam rantaian nilai yang lebih tinggi.

Fungsi Utama

  • Merancang dasar dan strategi pembangunan ekonomi digital dan penyampaian perkhidmatan awam dalam:
    • menambah baik infrastruktur digital
    • membangunkan industri digital
    • meningkatkan kandungan digital dan keselamatan siber
    • memantau inisiatif strategik dan ekonomi digital
    • memperkukuh pembangunan bakat ICT
    • mentransformasi penyampaian perkhidmatan Kerajaan
    • menjalankan kajian bagi memantapkan dasar dan strategi
  • Mengoptimum pengagihan sumber kewangan melalui peruntukan Bajet Pembangunan bagi program dan projek pembangunan ekonomi digital
    • menilai, menyelaras, memperaku dan mengawasi peruntukan pembangunan tahunan dan lima tahun bagi program dan projek
  • Menyelaras dan memantau pembangunan ekonomi digital dan penyampaian perkhidmatan awam
    • mewujudkan persekitaran yang dinamik bagi industri ICT
    • menambah baik liputan dan kualiti infrastruktur digital
    • menambah baik pembangunan kandungan digital tempatan
    • melaksanakani inisiatif strategik bagi ekonomi digital
    • meningkatkan inklusiviti digital bagi membina masyarakat yang produktif dan sejahtera
    • meningkatkan keselamatan siber untuk kesejahteraan masyarakat
    • memantapkan penyampaian perkhidmatan secara komprehensif dan bersepadu
  • Berperanan sebagai urus setia mesyuarat dan ahli jawatankuasa berkaitan ekonomi digital dan penyampaian perkhidmatan awam
    • menentukan hala tuju dan menyediakan input berkaitan

Aktiviti Utama Bahagian K-Ekonomi Mengikut Unit

  • Pengukuhan Infrastruktur Digital
    • Merancang, mengkaji serta mengenal pasti keperluan infrastruktur digital, infrastruktur penyiaran digital dan infrastruktur bandar pintar
    • Merancang dan menyelaras peningkatan inklusiviti digital bagi membina masyarakat yang produktif dan sejahtera
    • Menyediakan laporan/input berkaitan infrastruktur digital untuk pertimbangan pengurusan UPE, Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN) dan Jemaah Menteri
    • Menilai, menyelaras, memperaku dan mengawasi peruntukan pembangunan tahunan dan lima tahun untuk program dan projek infrastruktur digital bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan, BERNAMA dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) serta membuat kajian semula di bawah tempoh kajian separuh penggal supaya mencapai outcome nasional
    • Menyelaras pelaksanaan Teras 5 (RMKe-11), Bidang Fokus C : Menambah baik liputan dan kualiti serta kemampuan langganan infrastruktur digital
  • Pembangunan Industri Digital
    • Merancang, mengkaji serta mengenal pasti keperluan sektor ICT bagi tujuan penggubalan dasar dan strategi
    • Mengenal pasti teknologi berpotensi yang boleh dibangunkan bagi memanfaatkan sektor ICT selaras dengan pembangunan ekonomi digital
    • Merancang, mengkaji dan menyokong inisiatif Hab Pengujian Perisian Malaysia
    • Merancang, mengkaji dan menyokong pembangunan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) dalam bidang ICT
    • Menyediakan laporan/input berkaitan industri digital, R&D ICT, e-Dagang dan e-Commerce untuk pertimbangan pengurusan UPE, JPPN, MSC Malaysia Implementation Council Meeting (ICM) dan Jemaah Menteri
    • Menilai, menyelaras, memperaku dan mengawasi peruntukan pembangunan tahunan dan lima tahun untuk program dan projek industri digital, R&D ICT dan e-Commerce bagi KKMM, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), MYNIC Berhad, MIMOS, Cradle Fund Sdn Bhd (CFSB) dan Malaysia Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) serta membuat kajian semula di bawah tempoh kajian separuh penggal supaya mencapai outcome nasional
    • Menyelaras pelaksanaan Technical Working Group Kertas Strategi 15 (RMKe-11): Memacu Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Ekonomi Berasaskan Pengetahuan
  • Pembangunan Kandungan Digital Dan Keselamatan Siber
    • Merancang, mengkaji dan menyokong pembangunan kandungan digital tempatan dan industri keselamatan siber bagi meningkatkan sumbangan kepada ekonomi digital
    • Merancang, mengkaji dan menyokong pembangunan e-Dagang bagi meningkatkan produktiviti dan sumbangan kepada ekonomi digital
    • Menyediakan laporan/input berkaitan kandungan dan media, keselamatan siber, untuk pertimbangan pengurusan UPE, JPPN, ICM dan Jemaah Menteri
    • Menilai, menyelaras, memperaku dan mengawasi peruntukan pembangunan tahunan dan lima tahun untuk program dan projek kandungan digital dan keselamatan siber bagi KKMM, MDEC, FINAS, dan CyberSecurity Malaysia (CSM) serta membuat kajian semula di bawah tempoh kajian separuh penggal supaya mencapai outcome nasional
  • Pemantauan Ekonomi Digital
    • Merangka dan menjalankan kajian berkaitan ekonomi berasaskan pengetahuan dan ekonomi digital
    • Memantau dan menganalisis kedudukan Malaysia dalam ekonomi digital dan penyampaian perkhidmatan awam berdasarkan penandaarasan United Nations e–Government Development Index (UNeGDI)
    • Menyediakan input dan ulasan bagi laporan berkaitan dengan ekonomi berasaskan pengetahuan dan ekonomi digital seperti Digital Economy Satellite Account (DESA) dan ICT Satellite Account (ICTSA)
    • Menyelaras laporan dan maklum balas Sustainable Development Goals (SDG) bagi BKE
    • Menyediakan laporan dan input berkaitan Inisiatif Strategik ekonomi digital untuk pertimbangan pengurusan UPE, JPPN, ICM dan Jemaah Menteri berkaitan SDG, DESA, UNeGDI
  • Pembangunan Bakat
    • Merancang dan mengukuhkan pembangunan modal insan ICT berkualiti tinggi selaras dengan keperluan industri
    • Menyelaras dan memantau penubuhan Board of Computing Professionals Malaysia (BCPM)
    • Menyelaras aktiviti bagi mempergiatkan jalinan kerjasama industri-akademia dalam bidang ICT
    • Menyediakan laporan dan input berkaitan pembangunan bakat ICT untuk pertimbangan pengurusan UPE, JPPN dan Jemaah Menteri
    • Menilai, menyelaras, memperaku dan mengawasi peruntukan pembangunan tahunan dan lima tahun untuk program dan projek pembangunan bakat ICT bagi KKMM, MDEC dan FINAS serta membuat kajian semula di bawah tempoh kajian separuh penggal supaya mencapai outcome nasional
  • Transformasi Penyampaian Perkhidmatan Awam
    • Merancang, mengkaji dan mengenal pasti penambahbaikan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam
    • Menyokong pelaksanaan penyusunan semula dan pewajaran saiz perkhidmatan awam bagi meningkatkan produktiviti dan prestasi penyampaian perkhidmatan
    • Menyediakan laporan/input berkaitan penyampaian perkhidmatan Kerajaan untuk pertimbangan pengurusan UPE, JPPN dan Jemaah Menteri
    • Menilai, menyelaras, memperaku dan memantau peruntukan pembangunan tahunan dan lima tahun bagi program dan projek penyampaian perkhidmatan bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Kewangan (MoF), KATS dan KKMM serta membuat kajian semula di bawah tempoh kajian separuh penggal supaya mencapai outcome nasional
    • Menyelaras pelaksanaan Bab 9 (RMK-11) : Mentransformasi Perkhidmatan Awam Untuk Produktiviti

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:

  • Melaksanakan tugas penyediaan Rangka Rancangan Jangka Panjang. Perancangan pembangunan lima tahun dan kajian separuh penggal mengikut jadual secara profesional, berkualiti dan berkesan.
  • Merancang pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan secara proaktif dan berkesan.
  • Memantau dan menilai pelaksanaan dasar dan program di bawah pelan induk pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan serta program lain yang berkaitan dan menyediakan laporan mengenainya dua kali setahun.
  • Menjalankan penyelidikan dan kajian yang berkaitan dengan ekonomi berasaskan pengetahuan serta bidang yang berpotensi yang boleh dibangun dan digalakkan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan.
  • Menjalankan kajian impak ke atas isu-isu tertentu dari masa ke masa.
  • Menyediakan ulasan ke atas memorandum jemaah menteri dalam tempoh dua minggu.
  • Menyediakan maklum balas kepada Jemaah Menteri/Menteri/Exco MTEN dalam tempoh 3 hari dari tarikh arahan.
  • Menjawab semua pertanyaan berkaitan dengan ekonomi berasaskan pengetahuan secara profesional.

Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pengguna.