Carta Organisasi:
Bahagian Pembangunan Wilayah

Hubungi Kami:
Bahagian Pembangunan Wilayah,
Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 3, Setia Perdana 5, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel : 03-88723210
Faks :03-88883833

Latar Belakang

Bahagian Pembangunan Wilayah (BPW) adalah hasil daripada penubuhan semula Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang telah dilaksanakan pada bulan Januari 2019. BPW terbahagi kepada 3 unit iaitu Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Koridor, Aglomerasi Bandar.

Objektif Utama

Memastikan perancangan yang cekap dan berkesan dari segi penggunaan optimum sumber-sumber di peringkat wilayah, negeri dan antara negeri, bandar dan luar bandar, bagi mewujudkan pembangunan wilayah yang lebih seimbang. Seksyen Pembangunan Wilayah juga mengambilkira kepentingan alam sekitar dan pembangunan mampan dalam penggubalan dasar, strategi dan program pembangunan.

Fungsi Utama

Bahagian Pembangunan Wilayah diwujudkan di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dengan fungsinya seperti berikut:

  • Menggubal dasar, strategi, program dan arah tuju mengenai pengagihan aktiviti-aktiviti sosio ekonomi dan infrastruktur serta penyediaan ameniti sosial yang berkualiti untuk meningkatkan kualiti hidup di kawasan luar bandar;
  • Merancang, merangka, menilai dan membuat analisa terhadap dasar-dasar dan strategi untuk pembangunan wilayah dan koridor;
  • Mengkaji semula dan menggubal dasar strategi Dasar Perbandaran Negara yang meliputi aglomerasi dan konurbasi Bandar; dan
  • Menilai cadangan projek dan mencadangkan siling peruntukan Rancangan Pembangunan Lima Tahun bagi projek infrastruktur, utiliti dan projek ameniti sosial, terutamanya di kawasan luar bandar dan koridor ekonomi.

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:

  • Merancang pembangunan wilayah secara proaktif, professional dan berkesan;
  • Menilai, mengkaji dan menyelaras cadangan strategi dan program yang dikemukakan oleh agensi dan membuat ulasan secara telus demi kepentingan keseimbangan wilayah;
  • Menyedia, mengenalpasti dan memperbaiki pelaksanaan program atau projek bagi Rancangan Lima Tahun secara profesional, cekap dan berkesan;
  • Menilai, menyelaras dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah pembangunan wilayah selaras dengan pencapaian outcome di peringkat nasional;
  • Menganalisa dan menilai cadangan projek-projek baru serta menyediakan notis perubahan berhubung pindaan siling peruntukan dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja setelah maklumat yang lengkap diterima daripada Kementerian; dan
  • Menyediakan kertas kerja/ulasan/maklum balas bagi isu-isu dan perkara-perkara yang berkaitan pembangunan wilayah dalam tempoh masa yang ditetapkan.