Carta Organisasi:
Bahagian Pengurusan Maklumat

Hubungi Kami:
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras -2, Setia Perdana 5, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725396
Faks : 03-88892506

Latar Belakang

Bahagian Pengurusan Maklumat adalah salah satu bahagian yang berperanan dalam memberikan kemudahan perkhidmatan dan sokongan kepada ke semua bahagian di Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Objektif

  • Menyediakan kemudahan perkhidmatan komputer kepada bahagian-bahagian di Unit Perancang Ekonomi (UPE) dalam membuat perancangan dasar ekonomi Negara. Memastikan kerja-kerja menganalisa data-data ekonomi dapat dilaksanakan dengan mudah, cepat dan sempurna.
  • Menyediakan peralatan dan perisian yang lengkap bagi menampung keperluan kemudahan komputer yang sentiasa berubah-ubah.
  • Memastikan pegawai dan kakitangan UPE didedahkan dengan pengetahuan teknologi komputer yang secukupnya iaitu dengan cara mengadakan program latihan yang berterusan.

Fungsi Utama

  • Merancang dan menyediakan sumber-sumber dan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyokong objektif dan fungsi UPE.
  • Merancang, mengkaji, merekabentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem/aplikasi dan pangkalan data-pangkalan data untuk menyokong fungsi-fungsi pengoperasian dan pengurusan UPE.
  • Menyediakan infrastruktur ICT UPE seperti merekabentuk, membangun, menyelenggara, menyelaras, menaiktaraf dan mengawasi perjalanan Sistem Rangkaian Komputer Setempat (LAN) dan INTERNET.
  • Mengurus penyelenggaraan dan pengoperasian semua perkakasan dan perisian komputer supaya sentiasa dalam keadaan baik.
  • Mengurus, melaksana, menyelaras, menguatkuasa dan memantau keselamatan ICT di UPE.
  • Menyediakan program-program latihan dan pembudayaan ICT di kalangan warga UPE.
  • Memberi khidmat nasihat/sokongan dan perkhidmatan ‘help desk' kepada pengguna-pengguna komputer UPE.

Sebagai bahagian yang memberikan kemudahan perkhidmatan dan sokongan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada semua bahagian di Unit Perancang Ekonomi (UPE). Bahagian ini berazam akan melaksanakan matlamat dan strategi yang telah ditetapkan bagi memastikan kesemua pelanggan menerima perkhidmatan yang cepat dan berkesan.

Bahagian ini berjanji akan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi agar sentiasa bergerak ke arah pencapaian matlamat UPE. Dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan, kami berjanji akan:

  • Menyediakan kemudahan ICT yang terkini dan mematuhi piawai yang digariskan oleh Kerajaan;
  • Memastikan rangkaian komputer dan semua sistem aplikasi yang dibangunkan dapat memenuhi keperluan pengguna, mudah diguna dan berfungsi sepenuhnya disepanjang waktu;
  • Memastikan keselamatan rangkaian komputer, maklumat dalam pangkalan data dan maklumat terperingkat yang lain sentiasa terpelihara;
  • Membangun dan menyiapkan sistem aplikasi berserta dokumentasi dan latihan dalam tempoh tidak melebihi sembilan (9) bulan dari tarikh permohonan diterima, tertakluk kepada keperluan pengguna yang telah dimuktamadkan dan komplikasi sistem yang dibangunkan;
  • Memberi maklumbalas kepada setiap aduan yang diterima dalam tempoh tidak lebih dari satu (1) hari bekerja, memberi bantuan teknikal dalam tempoh tidak lebih dari dua (2) hari bekerja dan menyelesaikan masalah dalam tempoh tidak lebih dari tiga hingga lima (3 – 5) hari bekerja, tertakluk kepada ketersediaan alat ganti syarikat pembekal;
  • Memastikan kandungan di Laman Web UPE dan laman web lain yang diuruskan UPE sentiasa terkini mengikut SOP yang telah ditetapkan dan dapat dicapai di sepanjang masa; 
  • Mengemaskini pangkalan data dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh penerimaan data dan menghasilkan laporan yang telah dimuktamadkan oleh pengguna dalam jangkamasa lima (5) hari dari tarikh permohonan;
  • Menyediakan kemudahan peralatan komputer dengan nisbah satu (1) PC bagi setiap orang pegawai (1:1); dan
  • Memastikan warga UPE didedahkan kepada teknologi ICT yang terkini melalui program kesedaran dan latihan secara berkala sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.

Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pengguna.