Carta Organisasi:
Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi

Hubungi Kami:
Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi
Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 4, Setia Perdana 6, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

No Tel : 03-88725516

Kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi pada 11 Februari 2019. Majlis Tindakan Ekonomi berperanan untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat. Majlis ini ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak ke atas maklum balas rakyat terhadap masalah yang mereka hadapi, khususnya berkaitan dengan ekonomi. Unit Perancang Ekonomi telah diberikan tanggungjawab oleh Kerajaan sebagai urus setia kepada Majlis Tindakan Ekonomi. Urus Setia Majlis Tindakan Ekonomi ditubuhkan selaras dengan tanggungjawab yang diberikan tersebut.

Objektif

Menjalankan tugas sebagai Urus Setia kepada Majlis Tindakan Ekonomi. Mengurus dan menyelaras penyediaan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Terma Rujukan.

Fungsi

  • Urus Setia Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi,
  • Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Majlis Tindakan Ekonomi
  • Urus Setia Jawatankuasa Kerja EXCO Majlis Tindakan Ekonomi