Carta Organisasi:
Bahagian Tenaga

Hubungi Kami:
Bahagian Tenaga,
Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 2, Setia Perdana 6, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725855
Faks : 03-88883667

Fungsi Utama

  • Menggubal dasar tenaga negara termasuk sektor minyak dan gas;
  • Merangka strategi dan inisiatif Rancangan Pembangunan Lima Tahun bagi pembangunan mampan sektor tenaga;
  • Memastikan jaminan bekalan tenaga yang berdaya harap dan mampan;
  • Menggalakkan pembangunan industri minyak dan gas negara;
  • Menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga;
  • Menyediakan peruntukan pembangunan untuk pelaksanaan projek dan program berkaitan tenaga.

Bahagian Tenaga sentiasa berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:

  • Merancang pembangunan sektor tenaga secara proaktif, profesional dan berkesan;
  • Melaksanakan tugas penyediaan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun, dan Kajian Separuh Penggal mengikut jadual secara profesional, cekap, berkualiti dan berkesan;
  • Menilai, menyelaras dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah sektor tersebut selaras dengan jadual penyediaan dokumen
  •  
  • Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal bagi Rancangan Pembangunan Lima Tahun;
  • Mengkaji, memproses dan memperaku permohonan perubahan skop projek, pewujudan projek baharu dan menyediakan notis perubahan pindaan siling peruntukan dalam tempoh dua minggu setelah menerima maklumat lengkap daripada Kementerian/Agensi;
  • Membantu Kementerian Kewangan dalam pemeriksaan peruntukan pembangunan tahunan bagi program dan projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan
  •  
  • Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal bagi Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengikut jadual yang ditetapkan;
  • Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua minggu daripada tarikh diterima;
  • Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri/Menteri dalam tempoh tiga hari dari tarikh arahan; dan
  • Menyediakan ulasan dan pandangan kepada cadangan projek berkaitan sektor tenaga kepada pihak pengurusan MEA dan memaklumkan kepada pemohon dalam tempoh satu bulan setelah kertas cadangan atau laporan tersebut diterima daripada pihak Syarikat/Konsortium.