Perancangan pembangunan di Malaysia mempunyai tiga peringkat yang meliputi jangka panjang, sederhana dan pendek seperti berikut :
Perancangan Jangka Panjang
Pelan Rangka Perspektif menetapkan teras dan strategi yang luas di dalam agenda pembangunan negara dalam jangkamasa panjang. Ia menetapkan rangka kerja makro-ekonomi dan sasaran jangka panjang untuk mencapai wawasan masyarakat.
Perancangan Jangka Sederhana
Pelan jangka sederhana ialah untuk tempoh lima-tahun. Pelan ini dirumus berdasarkan lingkungan rangka kerja yang ditetapkan oleh Pelan Rangka Perspektif. Ini merumuskan dokumen kerja utama untuk perlaksanaan program pembangunan kerajaan. Pelan pembangunan lima tahun menetapkan sasaran perkembangan makro-ekonomi dan juga saiz dan peruntukan untuk program pembangunan sektor awam. Tambahan lagi, ia menyatakan peranan indikatif yang dijangkakan bagi sektor swasta.
Penyemakkan semula pertengahan penggal (MTR) ke atas pelan lima-tahun yang dilaksanakan di pertengahan kitaran lima tahun. MTR bukan hanya latihan pengiraan stok untuk menentukan sama ada pelan telah dilaksanakan menurut sasaran yang ditetapkan berdasarkan jadual pembangunan, tetapi ia juga untuk menyemak semula polisi makro-ekonomi dan sektor dan strategi serta membuat pelarasan jika perlu.
Perancangan Jangka Pendek
Peringkat ketiga ialah Bajet Tahunan. Latihan perancangan tahunan ini dijalankan oleh Kementerian Kewangan selaras dengan penyediaan bajet tahunan. Selain dari mengambil pertimbangan terhadap pandangan sektor swasta melalui dialog bajet, ia juga membuat rundingan dengan agensi pusat yang lain melalui IAPG. UPE memainkan peranan yang penting dalam menentukan bajet pembangunan tahunan.