Perancangan di Malaysia adalah proses interaktif dua hala di antara UPE di sebelah pihak, serta agensi dan kementerian di pihak yang lain seperti yang tertera di bawah. Proses atas-ke-bawah dan bawah-ke-atas memastikan agar polisi dan strategi negara direalisasikan dan urusan pembangunan pada tahap sub-wilayah yang diintergrasikan sepenuhnya kepada teras keseluruhan pembangunan negara.
Perancangan dari atas yang mana terbatas kepada penetapan aras parameter makro, ditentukan di dalam konteks Kumpulan Perancangan Antara Agensi UPE (IAPG). UPE merupakan sekretariat untuk setiap IAPG yang mana tugasnya mendahului perumusan sebarang pelan pembangunan.
Perancangan dari bawah sebaliknya, pada dasarnya melibatkan kementerian, agensi, dan kerajaan negeri yang menterjemahkan pelan induk kepada program dan projek yang khusus. Ini memainkan peranan utama dalam memadankan program dan projek aras mikro kepada pelan aras makro untuk setiap sektor ekonomi.

Proses Perancangan Pembangunan

Kembali ke Atas ↑