Prosedur ini memerlukan satu peringkat penyerahan. Pelanggan yang merangkumi kementerian dan jabatan perlu memastikan bahawa skop projek telah dipersetujui/diluluskan oleh bahagian yang berkaitan dalam Unit Perancang Ekonomi sebelum dihantar ke SCC untuk diproses.
Maklumat di bawah akan diserahkan kepada SCC untuk memproses mana-mana projek-projek pembinaan :
- Peruntukan projek yang diluluskan.
- Saiz penggunaan tanah.
- Bilangan kakitangan (kategori jawatan) atau pengguna yang ditempatkan di dalam bangunan.
- Jadual penginapan ( SOA)
- Ruang untuk hawa dingin.
- Senarai bahan dan kemasan untuk bangunan-bangunan.
- Anggaran kos permulaan (PDA) untuk dilakukan perunding yang diakui/pegawai-pegawai.
- Gambaran susun atur dan senibina.