Kerajaan sentiasa mengambil pendekatan berhemat apabila menguruskan ekonomi. Sikap berhemat ini terserlah oleh lebihan bajet yang direkod dari 1993 -1997. Apabila perlu, Kerajaan akan mendahulukan pembayaran hutang luarnya pada pertengahan tahun 1980an dan pertengahan tahun 1990an. Lanjutan dari Krisis Kewangan Asia pada tahun1997/1998, ekonomi Malaysia telah terjejas teruk, dengan GDP mengecut sebanyak 7.5% pada tahun 1998. Bagi menampung kesan negatif ini, kerajaan telah mengambil pendirian bagi pengembangan fiskal untuk menggalakkan pemulihan ekonomi dan memperkukuhkan kebingkasan ekonomi itu, yang menyebabkan pertambahan mendadak kos pembangunan dan perbelanjaan yang berulang, dilihat dari pertambahan tahunan sebanyak 12.1% dalam tempoh itu. Dari jumlah ini, kira-kira 80% adalah untuk sektor sosial dan ekonomi. Pendidikan dan latihan sahaja mengambil lebih dari 30% perbelanjaan pembangunan dalam tempoh itu.
Polisi pengabungan fiskal telah diambil kira pada tahun 2004 untuk memperbaiki lagi akaun fiskal dan mengawal pertambahan hutang Kerajaan. Antara langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan saiz defisit ialah kawalan yang lebih ketat ke atas projek pembangunan dan mematuhi had bajet, dan juga mempertingkatkan disiplin dan keberkesanan projek. Tambahan lagi, usaha sedang dijalankan untuk mengekang kenaikan dalam perbelanjaan operasi, menambahkan hasil Kerajaan dan juga membangunkan sumber-sumber baru untuk perkembangan ekonomi. Tekanan inflasi dikurangkan dengan membiayai defisit terutamanya melalui pinjaman domestik yang tidak dipengaruhi oleh inflasi. Peminjaman domestik tidak menyebabkan kesan “crowding-out” ke atas pelaburan swasta disebabkan terdapat kecairan yang cukup di dalam ekonomi. Dalam tahun 2003 lebih dari 80% hutang Kerajaan berada dalam matawang sendiri, dan inflasi kekal rendah pada tahap 1.2%.
Sementara untuk pinjaman luar, ia diuruskan dengan berhemat untuk mengelakkan risiko ketidakseimbangan luaran, dengan kesemua hutang luaran mempunyai tempoh matang jangka sederhana dan jangka panjang. Aturan cukai tidak menghalang pelaburan tempatan dan asing. Polisi kewangan yang disesuaikan sentiasa ditadbir seiring dengan polisi fiskal agar dapat menggalakkan pelaburan sementara mengekalkan kestabilan harga dan kadar pertukaran. Dengan itu polisi kewangan dan fiskal ditadbir untuk memastikan ianya memudahkan aktiviti ekonomi. Kedudukan rizab antarabangsa bersih negara yang kukuh dan perkadaran rendah hutang dengan tempoh matang jangka pendek menyumbang kepada kemampuan bayaran balik yang meningkat. Kerajaan mengambil polisi kepada pentadbiran pro-perniagaan, termasuk memperbaiki sistem penyerahan untuk mempertingkatkan keberkesanan dan mengurangkan kos dan merangsangkan daya saing. Ini dapat dicapai dengan membuang karenah birokrasi dan mengurangkan duplikasi dan juga memperkemaskan peraturan dan prosedur untuk memperbaiki ketelusan dan mengurangkan rasuah. Dengan melaksanakan polisi-polisi ini, pendekatan Kerajaan menjadi lebih responsif kepada perubahan. Polisi dirumuskan berdasarkan maklumbalas yang diberi oleh ramai pemegang amanah, termasuklah dewan perniagaan dan industri, persatuan perdagangan dan organisasi bukan kerajaan. Maklumbalas di perolehi melalui beberapa forum seperti Majlis Perunding Ekonomi Negara, Perundingan Bajet Tahunan dan dialog MITI.
[ Atas ]