Latar Belakang
Seksyen Pembangunan Wilayah (SPW) adalah hasil daripada reorganisation Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang telah dilaksanakan pada bulan Ogos 2009. Seksyen ini merupakan gabungan beberapa subseksyen yang berada di bawah Seksyen BCIC-2, Pengagihan dan Kerjasama Antarabangsa. SPW terbahagi kepada 4 sub-seksyen iaitu Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Koridor, Aglomerasi Bandar dan Kerjasama Serantau.

Objektif Utama
Memastikan perancangan yang cekap dan berkesan dari segi penggunaan optimum sumber-sumber di peringkat wilayah, negeri dan antara negeri, bandar dan luar bandar, bagi mewujudkan pembangunan wilayah yang lebih seimbang. Seksyen Pembangunan Wilayah juga mengambilkira kepentingan alam sekitar dan pembangunan mampan dalam penggubalan dasar, strategi dan program pembangunan.

Fungsi Utama
Seksyen Pembangunan Wilayah diwujudkan di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dengan fungsinya:
- Menggubal dasar, strategi dan arah tuju mengenai pengagihan aktiviti-aktiviti sosioekonomi dan infrastruktur serta ameniti sosial yang berkualiti kepada penduduk di luar bandar;
- Merancang, merangka, menilai dan membuat analisa terhadap dasar-dasar dan strategi untuk koridor pembangunan dan pembangunan wilayah;
- Menilai cadangan projek dan mencadangkan siling peruntukan Rancangan Pembangunan Lima Tahun bagi projek infrastruktur dan ameniti sosial;
- Mengkaji semula dan menggubal dasar strategi Dasar Perbandaran Negara yang meliputi aglomerasi dan konurbasi Bandar; dan
- Mengurusetia dan menyelaras program dan penyertaan Malaysia dalam kerjasama serantau Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT), Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) dan Malaysia-Thailand Committee on Joint Development Strategy (JDS).

Piagam Pelanggan
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:
- Merancang pembangunan wilayah secara proaktif, professional dan berkesan;
- Menilai, mengkaji dan menyelaras cadangan strategi dan program yang dikemukakan oleh agensi dan membuat ulasan secara telus demi kepentingan keseimbangan wilayah;
- Menyedia, mengenalpasti dan memperbaiki pelaksanaan program atau projek bagi Rancangan Lima Tahun secara profesional, cekap dan berkesan;
- Menilai, menyelaras dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah pembangunan wilayah selaras dengan pencapaian outcome kerajaan di peringkat nasional;
- Menganalisa dan menilai cadangan projek-projek baru serta menyediakan notis perubahan berhubung pindaan siling peruntukan dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja setelah maklumat yang lengkap diterima daripada Kementerian; dan
- Menyediakan kertas kerja/ulasan/maklum balas bagi isu-isu dan perkara-perkara yang berkaitan pembangunan wilayah dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Senarai Untuk Dihubungi
Seksyen Pembangunan Wilayah,
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,
Aras 3, Blok B5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel : 03-88723210
Faks :03-88883833
Carta Organisasi