Latar Belakang
- Seksyen Keselamatan Dan Ketenteraman Awam (SKKA) ditubuhkan pada 26 Jun 2007 berikutan keputusan Penjenamaan semula UPE.
- Punca Kuasa :
- Pekeliling Am Penyediaan Rancangan Malaysia Ke -9.
- Arahan Kabinet untuk melaksanakan projek tertentu (dari masa ke semasa).
- Perkeliling am Bil. 2 Tahun 1990. Jawatankuasa Kecil Piawaian Dan Kos Bagi Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara (JPPN).
- Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1996; dan
- Pekeliling dan Surat Perkeliling Perbendaharaan dan Perkhidmatan dan Arahan Pentadbiran.
Objektif
- Merancang dan merangka dasar strategi, polisi, program pembangunan dan projek-projek untuk mempertahankan kuasa dan integriti negara dan untuk mengekalkan dan memelihara negara dari aspek keselamatan dan ketenteraman awam untuk menjana pembangunan sosio-ekonomi kemakmuran negara;
- Menyemak, menyedia dan mengatur terma peruntukan pembangunan program-program Kerajaan Persekutuan dan projek-projek untuk keselamatan, pertahanan dan hal-hal dalam negara serta ketenteraman awam untuk memperkukuhkan kekuatan negara melalui pembangunan sistem keselamatan dan pertahanan yang dinamik dan efektif;
- Mengawal dan mengkaji kemajuan dan isu-isu berbangkit ke atas perlaksanaan dasar pembangunan strategi, program-program dan projek-projek untuk keselamatan, pertahanan dan hal-hal dalam negara serta keselamatan dan ketenteraman awam serta memperkenalkan strategi, program dan projek tambahan berkaitan dengan isu-isu tersebut.
Fungsi Utama
- Merancang, menyelaras, mengawal dan merangka dasar belanjawan untuk pembangunan keselamatan.
- Merangka dasar perancangan sektoral dan pembangunan dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal untuk pembangunan keselamatan.
- Menyediakan anggaran belanjawan tahunan bersama Perbendaharaan untuk kelulusan Kabinet dan Parlimen bagi pembangunan keselamatan.
- Menyelaras program pembangunan dan pemeriksaan belanjawan untuk agensi di bawah pembangunan keselamatan
- Menghadiri mesyuarat berkaitan dengan hal-hal pembangunan keselamatan.
Paparan : 4852
Tarikh Akhir Dikemaskini : 09 April 2012