Latar Belakang
Seksyen Industri Perkhidmatan (SIP) lahir dari program penjenamaan semula Unit Perancang Ekonomi pada tahun 2007. Memulakan operasi pada 1 Ogos 2007, penubuhan SIP adalah atas justifikasi memberikan lebih perhatian kepada pembangunan sektor perkhidmatan yang dikenal pasti sebagai penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Objektif
Seksyen Industri Perkhidmatan (SIP) bertanggungjawab merancang, merangka dasar, strategi dan program pembangunan sektor perkhidmatan dalam usaha mengukuhkan sektor ini sebagai sektor peneraju pertumbuhan ekonomi negara. Dalam mencapai objektif ini, lima (5) unit ditubuhkan selaras dengan sub-sektor tumpuan iaitu:
a. Unit Perkhidmatan Kewangan, Pendidikan & Pembinaan
b. Unit Pelancongan & Perkhidmatan Berkaitan Pelancongan
c. Unit Perdagangan Pengedaran & Perkhidmatan Berkaitan Pembuatan
d. Unit Perkhidmatan Perniagaan & Profesional
e. Unit Perkhidmatan Makro & Industri Halal

Fungsi Utama
- Merancang, merangka dasar, strategi serta program pembangunan sektor perkhidmatan.
- Menilai dan memperaku peruntukan pembangunan.
- Memantau pelaksanaan dasar, strategi, program dan projek berdasarkan KPI/hasil.
- Mengkaji semula dasar, strategi, program dan mencadangkan penyesuaian serta perubahan.
- Menjalankan economic research and intelligence.

Piagam Pelanggan
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:
- Merancang pembangunan sektor perkhidmatan secara produktif, profesional dan berkesan;
- Menyediakan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun, dan Kajian Separuh Penggal mengikut jadual yang ditetapkan secara profesional, cekap, berkualiti dan berkesan;
- Menilai dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program/projek mengikut sub-sektor keutamaan selaras dengan jadual penyediaan dokumen Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal bagi Rancangan Pembangunan Lima Tahun;
- Melaksanakan pemantauan dan penilaian program/projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal serta memperaku pindaan siling peruntukan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas menerima maklumat lengkap daripada Kementerian/Agensi;
- Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh diterima;
- Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri/Menteri dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh arahan; dan
- Menjawab semua pertanyaan Parlimen berkaitan sektor perkhidmatan dan mengambil tindakan penyelarasan secepat mungkin secara tepat dan jelas.

Maklumat Untuk Dihubungi
Seksyen Industri Perkhidmatan,
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok B6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725478
Faks : 03-88895799
Carta Organisasi