OBJEKTIF | LATAR BELAKANG | PELAKSANAAN PROGRAM SL1M | PRASYARAT | RASIONAL LOGO | FAQ

Objektif
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan.
Kembali ke Atas ↑

Latar Belakang
Setiap graduan keluaran universiti adalah aset Negara. Oleh itu Kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan, terutamanya melalui program-program yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Program-program tersebut telah berjaya mengurangkan mismatch antara keluaran universiti dan keperluan industri. Selain daripada itu, beberapa institusi lain juga turut mengambil peranan untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Bank Negara Malaysia misalnya telah melaksanakan program latihan singkat kepada sejumlah 500 graduan daripada latar belakang keluarga miskin yang mana telah membolehkan graduan tersebut mendapat pekerjaan yang bersesuaian. Graduan tersebut adalah antara pelajar cemerlang yang mencapai skor CGPA sekurang-kurangnya 3.0. Mereka pada awalnya sukar mendapat pekerjaan kerana kurang keyakinan dan pendedahan kepada aspek sosial etiket sebenar alam pekerjaan. Setelah mereka menjalani latihan pembangunan sahsiah dan internship, mereka mendapat keyakinan diri sehingga terpilih untuk bekerja dalam syarikat-syarikat besar.
Berdasarkan kejayaan program tersebut, Kerajaan telah memutuskan untuk memperluaskan program ini sebagai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) melalui penglibatan Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan pihak swasta secara corporate social responsibility (CSR).
Kembali ke Atas ↑

Pelaksanaan Program SL1M
Ciri-ciri umum dan pendekatan pelaksanaan program SL1M adalah seperti berikut :
- Institusi pelaksana adalah terdiri daripada GLC yang akan melaksanakannya sebagai CSR;
- Struktur program latihan akan mengandungi elemen soft-skills dan minimum 6 bulan on-the-job training;
- Peserta yang tamat kursus akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan;
- Kriteria pemilihan peserta :
- Terbuka kepada semua graduan Ijazah Sarjana Muda dari dalam dan luar negara yang mencapai skor CGPA sekurang- kurangnya 2.5; dan
- Pengambilan akan dibuat secara berperingkat mulai bulan Julai 2011;
- Kumpulan sasaran adalah graduan Ijazah Sarjana Muda yang tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat dan lulusan universiti yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed);
- Laman web SL1M – Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, telah mengadakan paparan khas mengenai SL1M dalam laman webnya dan dihubungkan dengan semua laman web GLC yang mengambil bahagian. www.epu.gov.my/sl1m; dan
- Borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web GLC berkenaan.
Kembali ke Atas ↑

Prasyarat
Terbuka kepada graduan Ijazah Sarjana Muda dari dalam dan luar negara yang mendapat CGPA 2.5 dan ke atas.
Kembali ke Atas ↑

Rasional Logo

Konsep bentuk logo yang direka adalah ringkasan bagi Skim Latihan 1Malaysia iaitu SL1M yang akan dijalankan secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Gabungan logotaip dengan lambang satu Malaysia mencerminkan imej moden dan ringkas berteraskan konsep 1Malaysia
Warna biru pada tulisan mencerminkan kemahiran dan kecemerlangan
Lambang 1Malaysia melambangkan kerjasama pelbagai pihak bagi menjayakan program
Kembali ke Atas ↑

FAQ
S1 :Bagaimana proses permohonan?
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan (application form) yang disediakan oleh GLC secara talian (online register) dilaman web organisasi yang terlibat.
S2 : Siapa yang layak memohon?
Graduan Ijazah Sarjana Muda yang tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat dengan CGPA 2.5 dan keatas. Lulusan universiti yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed) juga layak memohon.
S3 : Senarai syarikat yang terlibat?
Fasa Pertama melibatkan Bank Negara Malaysia dan 25 GLC.
S4 : Kemudahan/faedah sepanjang latihan?
Peserta akan diberi Latihan soft-skills dan on-the-job training. Disamping itu, peserta juga akan diberi elaun berdasarkan jumlah yang ditentukan oleh GLC terlibat.
Kembali ke Atas ↑