Objektif - Merangka dasar dan strategi untuk memastikan penggunaan sumber secara optimum bagi sektor kesihatan, perumahan, perkhidmatan kerajaan tempatan, kebudayaan, keseniaan dan warisan, pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat serta pembangunan belia dan sukan;
- Menyediakan rangka kerja perancangan sektoral untuk jangkamasa sederhana dan panjang selaras dengan Wawasan 2020;
- Menganalisa serta mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan sektor-sektor di atas;
- Mengkaji dan menyediakan peruntukan pembangunan lima tahun untuk program dan projek pembangunan serta menilai pencapaian dan kemajuan setiap projek;
- Penyediaan kewangan/pinjaman yang mencukupi bagi membiayai projek-projek pembangunan.

Fungsi Utama
- Merancang pembangunan sektor kesihatan, perumahan, perkhidmatan kerajaan tempatan, kebudayaan, keseniaan dan warisan, pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat serta pembangunan belia dan sukan;
- Menyedia Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan;
- Menilai, menyelaras dan memperakukan peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah sektor-sektor di atas selaras dengan Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan;
- Mengkaji, memproses dan memperakukan permohonan perubahan skop, pengwujudan projek baru dan menyediakan Notis Perubahan berhubung dengan pindaan dan perubahan siling peruntukan Kementerian/Agensi;
- Membantu Kementerian Kewangan dalam pemeriksaan peruntukan pembangunan tahunan bagi program dan projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan Pembangunan Lima Tahun;
- Menyediakan ulasan dan maklumbalas ke atas Memorandum Jemaah Menteri, keputusan Jemaah menteri/Menteri/Exco MTEN berkaitan sektor kesihatan, perumahan, perkhidmatan kerajaan tempatan, kebudayaan, keseniaan dan warisan, pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat serta pembangunan belia dan sukan;
- Menyediakan ulasan dan pandangan berhubung permohonan melaksanakan projek untuk sektor kesihatan, perumahan, perkhidmatan kerajaan tempatan, kebudayaan, keseniaan dan warisan, pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat serta pembangunan belia dan sukan;
- Menyelaras dan mengawal selia pelaksanaan projek pembiayaan asing, penswastaan dan kajian berkaitan di bawah sektor kesihatan, perumahan, perkhidmatan kerajaan tempatan, kebudayaan, keseniaan dan warisan, pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat serta pembangunan belia dan sukan;dan
- Mengkaji syarat rujukan (Terms of Reference) bagi projek-projek Kajian Kemungkinan untuk dikemukakan kepada jururunding dan menilai cadangan daripada jururunding.

Piagam Pelanggan
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut:
- Merancang pembangunan sektor perkhidmatan sosial secara proaktif, profesional dan berkesan;
- Melaksanakan tugas-tugas penyediaan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan mengikut jadual secara profesional, cekap, berkualiti dan berkesan;
- Menilai, menyelaras dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah sektor perkhidmatan sosial selaras dengan jadual penyediaan dokumen Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan bagi Rancangan Pembangunan Lima Tahun;
- Mengkaji, memproses dan memperaku permohonan perubahan skop projek, pengwujudan projek baru dan menyediakan notis perubahan berhubung dengan pindaan-pindaan siling peruntukan dalam tempoh 2 minggu selepas menerima maklumat lengkap daripada Kementerian/Agensi;
- Membantu Kementerian Kewangan dalam pemeriksaan peruntukan pembangunan tahunan bagi program dan projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan bagi Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengikut jadual yang ditetapkan;
- Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh 2 minggu;
- Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri/Menteri/Exco MTEN dalam tempoh 3 hari dari tarikh arahan;
- Menjawab semua pertanyaan secara profesional berkaitan dengan sektor perkhidmatan sosial dan menyelesaikan masalah secepat mungkin secara tepat, jelas dan bersopan santun; dan
- Menyediakan ulasan dan pandangan berhubung permohonan melaksanakan projek sektor perkhidmatan sosial kepada pihak pengurusan UPE dan memaklumkan kepada pemohon dalam tempoh 1 bulan setelah kertas cadangan atau laporan tersebut diterima daripada pihak Syarikat/Konsortium.
Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur dan sistematik.

Maklumat Untuk Dihubungi
Seksyen Perkhidmatan Sosial,
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,
Aras 3, Blok B6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-88725574
Faks : 03-88883689
Carta Organisasi
Kembali ke Atas ↑