Dasar
Untuk memberi dan memperbaiki liputan perkhidmatan sosial yang berkualiti di dalam bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan pembangunan keluarga. Polisi bersektor ini di terjemahkan ke dalam program-program dan projek-projek yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup semua rakyat Malaysia.

Dasar Pendidikan Negara
Di bawah Akta Pendidikan 1961, Dasar Pendidikan Negara memberi penekanan terhadap akses kepada pendidikan, perlaksanaan berperingkat Bahasa Malaysia sebagai pengantar utama, mewujudkan kurikulum umum, dan penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di dalam sistem peperiksaan kebangsaan. Polisi ini juga memberi penekanan ke atas pendidikan vokasional dan teknikal untuk memenuhi permintaan tenaga kerja dan juga pendidikan moral dan keagamaan.