Jawatankuasa Piawaian dan Kos Jawatankuasa Piawaian dan Kos

PENDAHULUAN

Tujuan Garis Panduan

Tujuan Garis Panduan ini disediakan ialah :

  • untuk menerangkan secara terperinci tentang kaedah pelaksanaan Surat Pekeliling Am Bil. 4  Tahun 2005. Garis Panduan ini menggantikan garis panduan terdahulu yang dikenali sebagai Garis Panduan dan Peraturan bagi Perancangan Bangunan oleh Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos (JKPK) Edisi Tahun 2005;
  • sebagai panduan kepada semua agensi pelaksana/ Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun  yang mengendalikan projek-projek bangunan Kerajaan semasa membuat permohonan untuk mendapatkan kelulusan Urus Setia Jawatankuasa Standard dan Kos – JSK (yang sebelum ini dikenali sebagai Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos - JKPK) selaras dengan kehendak Surat Pekeliling Am di atas.;
  • untuk memberi penjelasan tentang kriteria dan piawaian umum dalam merekabentuk bangunan Kerajaan supaya ianya dirancang dan dilaksanakan dengan penggunaan kos yang berkesan, tanpa menjejaskan keperluan-keperluan fungsinya - (cost effective and functional).

Skop

  • Garis Panduan ini merangkumi bangunan Kerajaan sama ada projek bangunan baru yang bernilai RM5.0 juta ke atas, atau kerja-kerja pengubahsuaian kepada bangunan yang sedia ada atau bangunan swasta yang disewa yang nilai kerja ubahsuainya melebihi RM1.0 juta.
  • Garis Panduan ini dibahagikan kepada beberapa bab yang menyentuh aspek-aspek berikut:
    • garis panduan bagi merancang sesuatu bangunan Kerajaan dengan berdasarkan kepada norma keluasan ruang lantai (floor space norms);
    • garis panduan penggunaan bahan binaan dan kemasan yang telah ditetapkan, berdasarkan kepada kategori bangunan mengikut kepentingan, fungsi dan implikasi kewangannya;
    • garis panduan bagi keperluan kerja-kerja mekanikal dan elektrik;
    • garis panduan berkaitan kecekapan penggunaan tenaga;
    • garis panduan kerja-kerja luar bangunan (external works);
    • garis panduan penggunaan IBS; dan
    • garis panduan keperluan akses untuk OKU di dalam bangunan.
  • Garis Panduan ini disediakan dengan mengambil kira jenis bangunan secara umum (generic) untuk memudahkan penggunaannya secara menyeluruh dan merangkumi apa juga jenis projek bangunan.
  • Garis Panduan ini disediakan supaya ianya dapat saling digunapakai untuk satu kategori bangunan dengan kategori bangunan yang lain di dalam projek yang sama. 

*Klik pada subjek untuk menyusun data

Saringan :  
 

divider

| Tarikh Kemaskini 14/06/2013