PENDAHULUAN Tujuan Garis Panduan Tujuan Garis Panduan ini disediakan ialah : - untuk menerangkan secara terperinci tentang kaedah pelaksanaan Surat Pekeliling Am Bil. 4 Tahun 2005. Garis Panduan ini menggantikan garis panduan terdahulu yang dikenali sebagai Garis Panduan dan Peraturan bagi Perancangan Bangunan oleh Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos (JKPK) Edisi Tahun 2005;
- sebagai panduan kepada semua agensi pelaksana/ Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun yang mengendalikan projek-projek bangunan Kerajaan semasa membuat permohonan untuk mendapatkan kelulusan Urus Setia Jawatankuasa Standard dan Kos – JSK (yang sebelum ini dikenali sebagai Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos - JKPK) selaras dengan kehendak Surat Pekeliling Am di atas.;
- untuk memberi penjelasan tentang kriteria dan piawaian umum dalam merekabentuk bangunan Kerajaan supaya ianya dirancang dan dilaksanakan dengan penggunaan kos yang berkesan, tanpa menjejaskan keperluan-keperluan fungsinya - (cost effective and functional).
 Skop - Garis Panduan ini merangkumi bangunan Kerajaan sama ada projek bangunan baru yang bernilai RM5.0 juta ke atas, atau kerja-kerja pengubahsuaian kepada bangunan yang sedia ada atau bangunan swasta yang disewa yang nilai kerja ubahsuainya melebihi RM1.0 juta.
- Garis Panduan ini dibahagikan kepada beberapa bab yang menyentuh aspek-aspek berikut:
- garis panduan bagi merancang sesuatu bangunan Kerajaan dengan berdasarkan kepada norma keluasan ruang lantai (floor space norms);
- garis panduan penggunaan bahan binaan dan kemasan yang telah ditetapkan, berdasarkan kepada kategori bangunan mengikut kepentingan, fungsi dan implikasi kewangannya;
- garis panduan bagi keperluan kerja-kerja mekanikal dan elektrik;
- garis panduan berkaitan kecekapan penggunaan tenaga;
- garis panduan kerja-kerja luar bangunan (external works);
- garis panduan penggunaan IBS; dan
- garis panduan keperluan akses untuk OKU di dalam bangunan.
- Garis Panduan ini disediakan dengan mengambil kira jenis bangunan secara umum (generic) untuk memudahkan penggunaannya secara menyeluruh dan merangkumi apa juga jenis projek bangunan.
- Garis Panduan ini disediakan supaya ianya dapat saling digunapakai untuk satu kategori bangunan dengan kategori bangunan yang lain di dalam projek yang sama.
|
*Klik pada subjek untuk menyusun data |
| |
Paparan : 22847
Tarikh Akhir Dikemaskini : 10 April 2011