Asakan Dasar Pelancongan
 | Industri Pelancongan di Malaysia telah dikenalpasti sebagai pendorong utama di dalam sektor perkhidmatan. Sektor pelancongan telah mengambil peranan yang lebih besar dalam merangsangkan ekonomi dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan. |
Teras keseluruhan dasar dalam sektor pelancongan ialah untuk mencapai pertumbuhan pelancongan yang mampan bagi merealisasikan potensi pekerjaan yang banyak dan kesan penjanaan pendapatan di tahap negara, negeri dan kawasan tempatan.Satu pendekatan holistik dan bersepadu yang memberi pengaruh keatas inovasi dan daya tenaga sektor swasta, layanan baik, sopan-santun dan kesedaran sivik orang awam dan juga sokongan dari Kerajaan adalah amat perlu untuk menaikkan industri pelancongan ke tahap pencapaian yang lebih tinggi.

Program Pelancongan
Program utama yang dilaksanakan termasuk pengekalan dan pemuliharaan tempat bersejarah, peruntukan dan menaiktaraf infrastruktur berkaitan pelancongan dan juga peningkatan kualiti produk pelancongan dan perkhidmatan.

Pembangunan Produk
Pembangunan produk di kawasan ceruk rantau akan terus diberi penekanan berdasarkan keperluan pasaran sasaran dan kekuatan relatif dan perbandingan faedah di pelbagai negeri.

Pelancongan Domestik
Pembangunan pelancongan domestik akan kekal sebagai satu keutamaan penting dan akan di promosikan secara aktif.

Pemasaran dan Promosi
Usaha promosi yang berkesan dan memfokuskan pelanggan telah dijalankan untuk memperkembangkan dan mempelbagaikan asas pasaran pelancongan. Usaha pemasaran dan promosi diperkemaskan agar jenama Malaysia sentiasa dibangunkan di pasaran luar negara yang utama dengan memperkukuhkan imej negara sebagai destinasi percutian pilihan utama.