

Kami berjanji akan menyediakan perkhidmatan yang Utuh, Profesional dan Efektif seperti berikut:-
- Merancang pembangunan ekonomi negara ke arah mencapai tahap negara maju selaras dengan Wawasan 2020.
- Menyiapkan Pelan Perancangan Pembangunan Negara untuk setiap tempoh 5 tahun.
- Menyiapkan Pelan Pelaburan Sektor Awam secara rolling plan untuk setiap 2 tahun.
- Menyediakan kertas-kertas dasar dan kertas-kertas Jemaah Menteri mengikut arahan yang diberikan oleh stakeholder.
- Meluluskan permohonan notis perubahan projek pembangunan dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Memberi kelulusan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas menerima permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat untuk perolehan hartanah oleh syarikat dan agensi kerajaan.
- Memberi kelulusan dalam tempoh 7 hari bekerja (selepas menerima ulasan dan kelulusan daripada agensi-agensi rujukan) kepada permohonan yang lengkap untuk menjalankan aktiviti penyelidikan di Malaysia.