Mempertingkatkan Daya Saing
- Usaha untuk memodenkan, memperkukuhkan dan mempertingkatkan daya saing dalam perdagangan teragih akan diteruskan untuk memastikan pembangunan yang berkekalan di dalam persekitaran global dan liberal. Langkah-langkah juga akan diambil bagi menyediakan persekitaran pentadbiran dan perundangan yang membantu

Membangunkan Mod Baru Pengagihan
- Pembangunan mod baru pengagihan akan terus digalakkan untuk menawarkan pelbagai pilihan untuk pengguna bersesuaian dengan kemudahan dan pilihan mereka, kerana ini akan menjana kesan persaingan yang positif, dan ia akan membantu menambah kecekapan, memperbaiki perhkidmatan dan menurunkan kos.

Memperkembangkan E-Dagang
- Peruncit akan digalakkan untuk membangunkan dan meningkatkan e-dagang mereka agar dapat menawarkan pilihan produk yang lebih banyak dan perkhidmatan dalam talian secara bersaingan. Peruncit baru internet yang tidak mempunyai stor fizikal juga digalakkan menggunakannya kerana kos yang lebih rendah untuk memeulakan perniagaan dan beroperasi. Untuk menyemai keyakinan pengguna terhadap perdagangan dalam talian, penekanan akan dibuat ke atas aspek sekuriti e-dagang.

Meningkatkan Penyertaan Bumiputera
- Usaha yang dibuat untuk menyediakan kemudahan kredit, premis perniagaan, perkhidmatan nasihat dan teknikal dan juga latihan untuk meningkatkan lagi penyertaan Bumiputera di dalam perniagaan borong dan runcit akan diteruskan. Usaha juga dibuat untuk memastikan usahawan Bumiputera boleh mendapatkan premis perniagaan di lokasi strategik.

Memperkukuhkan Hubungan Dengan Sektor Lain
- Usaha akan diteruskan untuk memberi fokus bagi mencapai kesan hubungan yang lebih erat di antara perdagangan teragih dan sektor lain melalui peningkatan aktiviti ekonomi, terutamanya pertanian dan pebuatan. Tambahan pula, pemasaran yang didorong pasaran dan rangkaian logistik yang lebih efisyen akan dibangunkan bagi menggalakkan pengeluaran dan pengagihan berdasarkan keperluan pengguna.

Memastikan Kestabilan Harga
- Sebuah gabungan dasar-dasar melibatkan kedua-dua elemen permintaan dan bekalan akan dilaksanakan di dalam cara yang fleksibel, terurus dan pragmatik. Sementara bekalan yang cukup akan terus dipastikan bagi menghindari tekanan harga yang tidak sepatutnya, langkah-langkah mikro akan diambil untuk mengemukakan masalah kejejalan infrastruktur dan pengagihan.

Pendidikan dan Perlindungan Pengguna
- Pendidikan pengguna akan sentiasa menjadi satu cara untuk meningkatkan kesedaran terhadap hak pengguna bagi menjaga kepentingan mereka, kerana peningkatan kesedaran terhadap hak pengguna akan mencegah amalan dagang yang tidak beretika.
[ Atas ]