Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing dan EKUINAS S1 : Bilakah EKUINAS ditubuhkan? Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Jun 2009 telah bersetuju supaya diwujudkan satu instrumen baru melalui penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), sebuah syarikat berkaitan Kerajaan yang mengendalikan pengurusan dana ekuiti persendirian, dengan matlamat untuk menggalakkan pegangan ekuiti dan penglibatan Bumiputera di dalam sektor ekonomi berdaya saing tinggi melalui penubuhan syarikat-syarikat peneraju generasi baru di Malaysia. Selaras dengan keputusan tersebut, Ekuinas telah ditubuhkan pada 1 September 2009. S2 : Berapakah jumlah dana permulaan yang diperuntukkan kepada EKUINAS? Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM500 juta dalam tempoh terdekat sebagai dana permulaan bagi EKUINAS. Jumlah ini akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa sehingga RM10 bilion. S3 : Dari mana peruntukan diperolehi? Sumbangan Kerajaan untuk EKUINAS akan disalurkan daripada dana yang disatukan, iaitu Peruntukan Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, dana yang akan dilaburkan di dalam syarikat sasaran akan diperolehi secara bersama daripada EKUINAS dan dana sektor swasta S4 : Adakah EKUINAS dan garis panduan pelaburan baru ini dianggap sebagai model ekonomi baru yang dapat mencapai pertumbuhan dengan pengagihan? Kerajaan dalam proses menyediakan satu model ekonomi baru secara menyeluruh bagi menghadapi perkembangan global dan cabaran masa depan. Kelonggaran garis panduan pelaburan dan penubuhan EKUINAS merupakan sebahagian daripada model ekonomi baru tersebut. Ianya dirangka bagi menangani isu pengagihan dan memastikan pencapaian matlamat pertumbuhan yang tinggi serta penyertaan Bumiputera secara berkesan, dalam konteks persekitaran yang mesra pasaran serta meritokrasi. S5 : Apakah perbezaan EKUINAS dengan institusi lain seperti PNB? PNB akan membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia manakala EKUINAS akan memberi tumpuan kepada syarikat yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi tetapi belum disenaraikan di Bursa Malaysia. S6 : Adakah EKUINAS akan fokus atau menumpukan hanya kepada sektor-sektor tertentu sahaja? EKUINAS akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam sektor-sektor strategik yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi, sektor-sektor baru yang strategik dan mempunyai nilai tambah yang tinggi seperti pelancongan kesihatan, pendidikan, ICT serta minyak dan gas. S7 : Bila sektor-sektor lain akan diliberalisasikan? Sebelum Kerajaan mengambil keputusan sama ada untuk meliberalisasikan sector-sektor lain, adalah wajar bagi Kerajaan untuk mengkaji terlebih dahulu keberkesanan pelaksanaan langkah-langkah liberalisasi yang telah diambil bukan sahaja melalui kelonggaran garis panduan FIC bahkan juga langkah-langkah liberalisasi yang diumumkan sebelum ini dalam sub-sektor perkhidmatan dan sektor kewangan dan perbankan. S8 : Bilakah garis panduan ini akan berkuatkuasa? S9 : Penggunaan garis panduan baru ini hanya berkuatkuasa di Semenanjung sahaja atau termasuk di Sabah dan Sarawak? Ianya berkuatkuasa di seluruh negara. S10 : Adakah syarat 30% ekuiti Bumiputera masih wujud? Secara prinsipnya sasaran 30% pemilikan dikekalkan tetapi di peringkat makro. Pemansuhan 30% yang dicadangkan hanya melibatkan pemilikan ekuiti di peringkat firma, kecuali bagi transaksi yang melibatkan pengurangan pemilikan hartanah Bumiputera dan/atau agensi Kerajaan. Pada masa hadapan, 30% pemilikan akan dilihat dalam konteks makro terutama dalam sektor-sektor strategik. Apa yang lebih penting adalah memastikan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi dan pada masa yang sama instrumen yang digunakan adalah bersifat mesra pelabur dan tidak menghalang pertumbuhan. Langkah tersebut adalah merupakan pendekatan win-win yang mana pemansuhan syarat ekuiti menghapuskan halangan kepada pertumbuhan dan penglibatan bukan Bumiputera manakala pewujudan EKUINAS memastikan penyertaan yang lebih berkesan di kalangan Bumiputera dalam ekonomi. S11 : Adakah syarat tebaran awam yang baru yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti akan menggantikan Garis Panduan FIC? Tidak. Garis panduan FIC adalah berbeza dengan syarat penyenaraian semasa yang dikenakan oleh Bursa Malaysia. Syarat 30% ekuiti Bumiputera adalah syarat yang dikenakan dalam Garis Panduan FIC dan pemansuhan Garis Panduan Perolehan Kepentingan Penggabungan Dan Pengambil Alihan Oleh Kepentingan Tempatan Dan Asing menyebabkan syarat ekuiti tersebut tidak lagi terpakai. Suruhanjaya Sekuriti pula mengenakan dua (2) syarat untuk tujuan penyenaraian syarikat. Syarat pertama peruntukan 30% ekuiti Bumiputera secara mandatori. Syarat kedua menyediakan 25% ekuiti secara tebaran awam yang mana 30% daripada peruntukan tersebut perlu ditawarkan kepada Bumiputera yang diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Cadangan liberalisasi menyebabkan syarat pertama tidak lagi terpakai manakala syarat kedua terus dikenakan tetapi kadar agihan yang ditetapkan telah ditingkatkan daripada 30% kepada 50%. S12 : Adakah pemansuhan syarat 30% ekuiti Bumiputera dalam garis panduan FIC akan melibatkan syarat-syarat yang dikenakan oleh pengawal selia sektor? Tidak. Syarat-syarat yang dikenakan oleh pengawal selia sektor akan dikekalkan. Ini bermakna, syarikat-syarikat masih perlu mematuhi syarat ekuiti yang tetapkan oleh pengawal selia sektor yang merupakan sebahagian daripada syarat-syarat pengeluaran lesen dan permit. Pada masa ini, selain daripada syarat 30% ekuiti Bumiputera dalam Garis Panduan FIC, terdapat beberapa pengawal selia sektor yang mengenakan syarat ekuiti ke atas permohonan yang diterima daripada syarikat-syarikat tempatan. Syarat-syarat tersebut akan terus berkuatkuasa tertakluk kepada pertimbangan pengawal selia sektor. S13 : Apakah nama dan peranan unit baru yang akan menggantikan FIC? Satu unit khusus akan diwujudkan di UPE, JPM bagi menjalankan tugas seperti berikut: - Merangka dasar, strategi dan instrument baru untuk memastikan penyertaan berkesan Bumiputera dalam ekonomi di peringkat Makro terutamanya dalam sector strategic;
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan program dan garis panduan di peringkat sector dengan kerjasama pengawal selia sector dan agensi berkaitan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera.
- Memastikan pengawal selia sector dan agensi berkaitan merangka dasar penyertaan Bumiputera dan menetapkan sasaran dan dijadikan sebagai petunjuk prestasi utama.
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan program pembangunan modal insan bagi melahirkan profesional dan usahawan Bumiputera yang berdaya maju dan berdaya saing dalam pasaran global
- Memproses perolehan hartanah yang melibatkan pengurangan hartanah milik kepentingan Bumiputera dan / atau agensi Kerajaan; dan
- Membangun data penyertaan Bumiputera melalui profil usahawan dan aktiviti mereka.
S14 : Apakah status terkini bagi syarikat yang tidak mematuhi syarat ekuiti yang telah dikenakan oleh FIC? Syarat-syarat yang telah dikenakan oleh FIC sebelum ini akan terbatal dengan serta merta selepas pengumuman oleh YAB Perdana Menteri dan Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri akan memaklumkan kepada syarikat-syarikat yang berkenaan mengenai pembatalan syarat tersebut. Pertanian S1: Apakah kriteria dan pertimbangan dalam meluluskan sesuatu projek pembangunan pertanian? Cadangan projek dengan kriteria seperti berikut adalah diberi keutamaan: - Menyumbang kepada pencapaian misi, visi dan outcome di peringkat nasional;
- Menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, peningkatan pendapatan, peluang pekerjaan dan pendapatan eksport;
- Meningkatkan produktiviti komoditi pertanian;
- Meningkatkan pengeluaran makanan untuk mencapai jaminan bekalan makanan;
- Meningkatkan penggunaan teknologi yang mengurangkan tenaga buruh serta mengamalkan pengurusan perladangan baik dan moden;
- Mewujudkan modal insan sektor pertanian yang progresif dan berpengetahuan; dan
- Memacu R&D&C terutama dalam pembangunan klon/varieti berkualiti tinggi, penghasilan teknologi dan pembangunan produk baru bernilai tinggi.
S2 : Apakah program utama bagi menjamin bekalan dan keselamatan makanan negara? Program utama bagi menjamin keselamatan dan bekalan makanan yang mencukupi, mudah diakses dan pada harga makanan yang berpatutan termasuk: - Meningkatkan pengeluaran makanan melalui penggunaan tanah secara optimum termasuk amalan integrasi, perladangan intensif dan mampan serta penanaman padi secara mini-estet di kawasan jelapang;
- Menetapkan stok penimbal beras pada paras 292,000 tan metrik yang mampu menampung keperluan selama 45 hari;
- Meningkatkan produktiviti melalui pengukuhan infrastruktur terutama di kawasan tumpuan pengeluaran makanan seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Zon Industri Akuakultur (ZIA) dan Kawasan Tumpuan Sasaran Ternakan (TAC);
- Memeterai perjanjian kontrak jangka panjang untuk mengimport beras melalui perjanjian pemadanan eksport minyak sawit atau minyak;
- Meningkatkan mutu dan keselamatan makanan dengan memperluas amalan pertanian baik (GAP), amalan pengilangan baik (GMP), titik kawalan kritikal dan analisa bahaya (HACCP), Sanitari dan Fitosanitari (SPS), akreditasi halal serta meningkatkan mutu pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan.
S3: Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memperkasa modal insan dan menangani masalah kekurangan tenaga manusia di sektor pertanian? Antara langkah yang diambil bagi memperkasa modal insan pertanian dan memastikan tenaga kerja pertanian yang mahir adalah: - Menggalakkan penggunaan teknologi terkini dan mekanisasi bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga manusia;
- Memperkukuh keupayaan pengusaha tani dalam penggunaan teknologi, mekanisasi dan ICT melalui kempen kesedaran dan latihan berterusan; dan
- Memperkasa institut latihan pertanian, menambahbaik kurikulum berdasarkan keperluan industri dan memperkukuh kapasiti tenaga pengajar.
S4: Apakah inisiatif yang dilaksana untuk menggalakkan penglibatan pihak swasta dalam sektor pertanian? Inisiatif yang diambil bagi meningkatkan pelaburan swasta dalam aktiviti pertanian termasuklah: - Menyediakan infrastruktur yang bersepadu dan lengkap terutama di kawasan tumpuan pertanian seperti TKPM, ZIA dan Kluster Bersepadu Minyak Sawit (POIC);
- Mengurangkan penglibatan agensi kerajaan melalui anak syarikat dalam aktiviti perniagaan secara berperingkat bagi mengelak crowding out penglibatan swasta;
- Merasionalisasi subsidi supaya ianya lebih berorientasikan produktiviti dan meminimumkan herotan pasaran bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian; dan
- Memudah dan mempercepat penyampaian perkhidmatan melalui pewujudan pusat sumber dan maklumat setempat dengan menyediakan maklumat terkini mengenai peluang pelaburan di sektor pertanian, insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan, khidmat nasihat serta peraturan dan prosedur yang lebih mesra perniagaan
Ekonomi Persekitaran dan Sumber Asli S1: Apakah dia Penilaian Impak Persekitaran atau EIA? Penilaian Impak Persekitaran adalah sebahagian daripada perancangan projek dan ia dijalankan untuk mengenalpasti dan menilai kesan persekitaran yang penting dan faktor sosial yang perlu diambil kira dalam reka bentuk dan operasi projek. Tujuan penilaian impak persekitaran adalah untuk menentukan bahawa kesan ke atas persekitaran daripada sesuatu projek akan diberi pertimbangan sepenuhnya sebelum ia dilaksanakan. Ia boleh juga dianggap sebagai penilaian awal ke atas kemungkinan impak persekitaran daripada sesuatu pembangunan yang dirancang, termasuk pandangan orang ramai dan kumpulan yang berminat. Maklumat yang diperolehi akan dikemukakan kepada perancang dan pembuat keputusan untuk membuat kajian menyeluruh yang boleh menjangka kesan projek pembangunan ke atas persekitaran. Mereka juga akan menyediakan perancangan untuk mengatasi impak yang buruk. Lain pautan: www.unesco.org/csi/pub/papers/glimpse11.htm S2: Apakah itu Biodiversiti? Biodiversiti adalah percambahan di kalangan organisma hidup dari semua sumber, termasuk ekosistem bumi dan akuatik dan ekosistem yang mereka adalah sebahagian daripadanya. Ini termasuklah kepelbagaian di kalangan spesis, di antara spesis dan ekosistem. Kepelbagaian adalah kunci ke arah menentukan kehidupan di dunia akan berterusan. Ia juga adalah suatu keperluan asas untuk penyesuaian dan kewujudan spesis yang berterusan. Ia termasuk kepelbahagaian ekosistem, kepelbagaian spesis dan kepelbagaian genetik. Malaysia diiktiraf sebagai salah satu daripada 12 negara Megadiverse – yang merujuk kepada negara-negara yang sangat kaya dengan sumber persekitaran dan semula jadi. 12 negara Megadiverse ini menyumbang kepada 75% daripada kepelbagaian biologikal dunia. Negara-negara lain ialah Indonesia, Colombia, Briazil, China, Madagascar, Costa Rica, Peru Venezuela, Australia Mexico dan Ecuador. Lain Pautan: www.worldbank.org/html/schools/glossary.htm S3: Apakah itu "Pembangunan Berkekalan"? Pembangunan Berkekalan merujuk kepada “pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tetapi tidak mengenepikan kebolehan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka”. Pembangunan Berkekalan memberi erti pertumbuhan ekonomi bersama-sama dengan pengekalan dan memperkukuhkan kualiti persekitaran masing-masing. Intipati bentuk pembangunan ini ialah satu pertalian yang stabil di antara aktiviti manusia dan dunia, yang mengekalkan prospek untuk generasi akan datang untuk mengecapi kualiti hidup yang sama baik dengan kita sekarang. Lain-lain pautan: www.globalchange.org/glossall/glosss-u.htm, www.worldbank.org/html/schools/glossary.htm, indicators.top10by2010.org/glossary.cfm S4: Apakah Kawasan Yang Dilindungi? Kawasan Yang Dilindungi (PA) adalah kawasan yang mempunyai kawalan mengikut undang-undang persekutuan dan wilayah seperti taman wilayah, taman federal, kawasan hutan tebal, tanah rizab ekologi dan kawasan rekreasi. Kawasan Yang Dilindungi adalah juga kawasan bumi, air bersih atau marin yang dirizabkan untuk melindungi keaslian kepelbagaian wilayah dan warisan budaya. Ia termasuk ‘Taman Negara’, ‘Kawasan Semula Jadi’, ‘Tempat-tempat yang Mempunyai Tarikan Sains yang Istimewa’ dan lain-lain lagi. Kawasan-kawasan ini pada umumnya digazetkan oleh agensi alam sekitar apabila ia dilihat mempunyai ciri-ciri semula jadi yang istimewa (biodiversiti yang kaya, tempat-tempat yang mempunyai kecantikan istimewa). Walaupun kebanyakannya dibuka kepada awam, ia dilindungi dari aktiviti manusia dan biasanya terpencil. Perlu diambil perhatian bahawa bukanlah kawasan itu yang sangat perlu dilindungi dan dibaik pulih tetapi sebaliknya kawasan yang terbaik itu hendaklah tidak dirosakkan. Pemandangan di kawasan yang dilindungi dan dipelihara secara perlahan- telah bertukar. Oleh itu persoalan perlunya tindakan bersama untuk memelihara kawasan semula jadi dan kaedah pengurusan aktiviti ekonomi secara berpanjangan sudah mula dibangkitkan. Malaysia mempunyai 54 PA melebihi 1,000 hektar setiap satu berjumlah 1,483,000 ha atau 4.5% daripada seluruh permukaan bumi negara. Ia termasuk 28 daerah simpanan semula jadi, di mana 90,070 ha tidak dibuka kepada aktiviti pelancongan (Norizan, 2000). Di antara taman negara dan PA adalah: Taman Negara Bako, Taman Crocker Range, Endau Rompin, Taman Negara Gunung Mulu, Taman Kenong Rimba, Taman Negara Kinabalu, Taman Burung Kuala Gula, Taman Negara Niah, Tempat Penetasan Penyu Rantau Abang, Kawasan Perlindungan Orang Utan Sepilok, Taman Negara dan Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Baru-baru ini Taman Kinabalu telah dimasukkan oleh UNESCO ke dalam kumpulan 630 penempatan seluruh dunia yang dikenali sebagai Penempatan Warisan Dunia. Lain-lain pautan: http://www.pemsea.org/downloads_pdf/1stop/biodiversityprtctdareas/b&pa_malaysia.pdf, http://www.hbp.usm.my/tourism/tourism/ecotourismmalaysia.PDF Q5:Apakah itu kawasan berhutan? Tanah atau kawasan berhutan merujuk kepada sebarang tanah yang berkeupayaan untuk menghasilkan atau pernah menghasilkan tumbuhan hutan, ataupun jika ia tidak mempunyai tumbuhan hutan, ia mempunyai kesan yang ianya merupakan sebuah hutan sebelum ini dan sekarang tidak mempunyai kegunaan lain. Terdapat beberapa istilah yang berkait dengan hutan. Hutan
| Hakikat bahawa “hutan” telah didefinisikan dalam pelbagai cara mencerminkan kepelbagaian hutan dan ekosistem hutan di dunia dan kepelbagaian pendekatan manusia terhadap hutan. Hutan adalah kawasan tanah yang melebihi 0.5 ha dengan litupan jembala pokok melebihi 10 %, dan bukan untuk kegunaan utama bagi tujuan pertanian atau sebarang pengunaan tanah bukan hutan yang khusus. Di dalam kes hutan muda atau kawasan di mana pertumbuhan pokok disekat oleh faktor iklim, pokok-pokok sepatutnya berkeupayaan untuk mencapai ketinggian in situ 5 m, dan memenuhi syarat untuk litupan jembala pokok. . | Biom Hutan | Ia mencerminkan ciri-ciri ekologi dan fisiognomi tumbuh-tumbuhan dan saling berkait rapat dengan kawasan-kawasan iklim di Bumi. Di dalam dokumen ini, ia digunakan bagi rujukan biom hutan keutaraan, temperat dan tropikal. | Jenis-jenis Hutan | Di antara biom jenis hutan adalah sebuah kumpulan ekosistem hutan yang mempunyai komposisi yang serupa yang boleh dibezakan dari kumpulan yang lain melalui pokok-pokoknya dan komposisi spesis di bawah jembala, produktiviti dan/atau penutupan silara. | Ekosistem Hutan | Ekosistem hutan boleh ditafsirkan pada sesuatu julat skala. Ia merupakan komuniti kompleks tumbuhan, haiwan dan mikro-organisma dan persekitaran abiotiknya berinteraksi sebagai sebuah unit yang berfungsi, di mana pokok-pokok merupakan komponen utama di dalam sistem ini. Manusia, dengan keperluan budaya, ekonomi dan persekitaran merupakan bahagian yang penting bagi kebanyakan ekosistem hutan | Kepelbagaian Biologi Hutan | Kepelbagaian biologi hutan bermakna kebolehubahan di antara mikro-organisma hidup hutan dan proses ekologi yang mana mereka adalah sebahagian daripadanya, ini termasuk kepelbagaian hutan di dalam lingkungan spesis, serta antara spesis dan ekosistem juga landskap. | Hutan Primer | Hutan primer adalah hutan yang tidak pernah ditebang untuk tujuan pembalakan, dan ia telah mengalami gangguan semulajadi serta di bawah proses semulajadi, tanpa mengira usia. Ini merujuk kepada “gangguan manusia” dalam pembersihan hutan dengan sengaja melalui apa jua cara (termasuk membakar) dengan tujuan untuk mengurus dan mengubahnya bagi kegunaan manusia. Termasuk sebagai primer, adalah hutan-hutan yang digunakan tanpa mengira kepentingan orang asli dan komuniti tempatan yang hidup dengan cara tradisional yang relevan terhadap pemuliharaan dan penggunaan kepelbagaian biologi yang canggih. | Hutan Sekunder | Hutan sekunder merupakan sebuah hutan yang ditebang untuk tujuan pembalakan dan telah pulih secara semulajadi atau secara buatan. Tidak semua hutan sekunder memberi nilai yang sama kepada pengekalan kepelbagaian biologi, hasil atau khidmat, seperti mana hutan primer di lokasi yang sama. Liitupan hutan telah dijana semula secara semulajadi atau secara buatan melalui penanaman. | Hutan tumbuhan tua | Dirian hutan tumbuhan tua adalah dirian di dalam hutan primer atau sekunder yang telah menghasilkan struktur dan spesis yang sering dikaitkan dengan hutan primer tua jenis itu, yang telah terhimpun dengan secukupnya untuk bertindak sebagai ekosistem hutan yang berbeza dari kelas tumbuhan yang lebih muda. | Hutan Ladang | Sebuah hutan ladang berkemungkinan adalah tanah yang diperhutankan atau sebuah hutan sekunder yang wujud melalui penanaman atau pembenihan terus. Satu gradien wujud di antara hutan ladang dari spesis sebaya monokultur tunggal dari spesis eksotik dengan objektif pengeluaran fiber kepada spesis bercampur, semulajadi kepada tempat itu dengan kedua-dua objektif fiber dan kepelbagaian biologi. Gradien ini berkemungkinan mencerminkan keupayaan hutan ladang untuk mengekalkan kepelbagaian biologi setempat yang normal. | Hutan Yang Diturun Taraf | Hutan yang diturun taraf merupakan hutan sekunder yang telah kehilangan melalui aktiviti manusia, struktur, fungsi, komposisi spesis atau produktiviti yang biasanya berkaitan dengan jenis hutan semulajadi di tempat itu. Dengan itu, hutan yang diturun taraf mengeluarkan hasil dan khidmat yang kurang dari sesuatu tempat dan mengekalkan kepelbagaian biologi yang terhad. Kepelbagaian biologi hutan yang diturun taraf termasuklah pelbagai komponen bukan pokok, yang mungkin mendominasi tumbuhan di bawah jembala. | Hutan Agro | Sebuah hutan agro merupakan sebuah kompleks kawasan yang ditanam dengan pokok yang bercirikan pertanian atau ekosistem agro. | Penghutanan Semula | Penghutanan semula adalah pertumbuhan semula hutan selepas keadaan sementara (<10 tahun) dengan kurang daripada 10% litupan jembala yang berpunca dari manusia atau secara semulajadi. (FAO, FRA 2000) | Penghutanan | Penghutanan ialah penukaran dari penggunaan tanah yang lain kepada hutan, ataupun penambahan litupan jembala kepada had 10% yang ditetapkan untuk hutan (FAO, FRA 2000). | Malaysia,secara kasarnya bersaiz sama dengan Norway, mempunyai jisim bumi seluas 32.86 hektar, yang mana 60% - mewakili 19.22 hektar – dilitupi dengan hutan semulajadi. Litupan pokok ditambah sebanyak 14% lagi dari sejumlah besar perladangan getah dan kelapa sawit. Angka 74% ini mewakili kawasan tanah seluas United Kingdom dan menjadikan Malaysia salah satu negara yang berhutan di dunia. Pautan lain: http://www.mtc.com.my/publication/library/formal/content.html, http://www.biodiv.org/programmes/areas/forest/definitions.asp NOTA : Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Blok B5 & Blok B6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya Tel : 03-8872 3333 Faks : 03-8888 3755 Emel : epu@epu.gov.my Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila gunakan maklumbalas kami.
Paparan : 19993
Tarikh Akhir Dikemaskini : 02 Ogos 2011
|