Berikut merupakan fungsi-fungsi Unit Perancang Ekonomi:
- Merangka dasar dan strategi untuk pembangunan sosio ekonomi - pelan jangka masa panjang dan sederhana;
- Menilai dan mencadangkan program/projek pembangunan;
- Melaksanakan penyelidikan ekonomi dan menasihati Kerajaan mengenai isu-isu ekonomi;
- Merancang pembangunan kawasan koridor dan serantau; dan
- Sekretariat kepada Exco Majlis Ekonomi.