 | Sektor pertanian memainkan peranan yang semakin penting di dalam ekonomi negara melalui sumbangannya kepada pendapatan negara dan perolehan eksport dan mewujudkan peluang pekerjaan. Sektor ini adalah pembekal utama makanan dan juga bahan mentah untuk industri berasaskan sumber. |
Selari dengan peranan utamanya, Kerajaan terus menerus mengambil langkah pelarasan bagi mempercepatkan daya saing sektor ini agar dapat membolehkannya menghadapi cabaran baru pada tahap domestik dan antarabangsa. Dasar Pertanian Negara III (NAP3) 1998-2010 yang dilancarkan pada tahun 1988 mengandungi sasaran utama bagi memaksimumkan pendapatan menerusi penggunaan optimum sumber-sumber sektor itu. Secara khusus, NAP3 menentukan objektif dasar yang berikut:
- Untuk meningkatkan keselamatan makanan.
- Untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing;
- Untuk memperkukuhkan lagi hubungan dengan sektor lain terutamanya industri asas tani dan sektor perkhidmatan yang berkaitan.
- Untuk mencari dan membangunkan sumber pertumbuhan baru; dan untuk memulihara dan menggunakan sumber alam semulajadi pada satu asas yang boleh mengekalkannya. Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe8) dan Penyemakan Semula Pertengahan Penggal untuk RMKe8 telah memperhalusi objektif umum NAP kepada Garis Panduan dasar yang terperinci terutamanya ke atas perlaksanaan jangka sederhana program-program dan projek-projek.