 | Kata-kata Aluan Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Tahniah kepada warga kerja yang telah berjaya menghasilkan wajah baru laman web Unit Perancang Ekonomi (UPE). Kewujudan laman web ini penting bagi membolehkan orang ramai mengetahui dengan lebih mendalam mengenai tanggungjawab dan fungsi UPE. |
Dalam era ledakan teknologi maklumat dan bersesuaian dengan kata-kata dunia tanpa sempadan, usaha mewujud dan memberi wajah baru kepada laman web ini adalah sesuatu yang membanggakan.
Saya yakin laman web ini akan membantu orang ramai mendapat maklumat yang ingin diperolehi. Selain sentiasa dikemaskinikan, saya berharap kualiti kandungan laman web ini akan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Saya yakin melalui kesungguhan kita memaparkan maklumat melalui laman web ini demi kepentingan orang ramai, ia akan membolehkan kita bersama-sama menjayakan matlamat kerajaan melalui slogan Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Tahniah dan Selamat Maju Jaya.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Menteri Di Jabatan Perdana Menteri |