
| Dokumen RMKe-9 merangkumi strategi, program dan peruntukan yang diperlukan bagi tujuan merealisasikan Misi Nasional dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju, saksama dan bersatu padu. Dokumen RMKe-9 turut menghuraikan Misi Nasional sebagai rangka dasar dan pelaksanaan yang terdiri daripada lima teras utama bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Dokumen Pelancaran - Ucapan Pembentangan & Dokumen Rancangan Malaysia Kesembilan
|