Tujuan Garis Panduan ini ialah untuk:
- Memaklumkan rangka kerja ekonomi makro bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), 2011-2015;
- Menggariskan hala tuju strategik RMKe-10 ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020;
- Memaklumkan bidang keberhasilan utama (KRA) serta perancangan dan pelaksanaan RMKe-10 berasaskan pendekatan outcome; dan
- Memohon kementerian mengemukakan cadangan KRA, outcome dan strategi masing-masing selaras dengan hala tuju strategik, KRA dan outcome RMKe-10.

Sebarang pertanyaan, surat-menyurat dan e-mel mengenai Garis Panduan ini serta penghantaran KRA RMKe-10 peringkat kementerian hendaklah dikemukakan kepada:
Urus Setia,
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10)
Unit Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri
Aras 4, Blok B5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(U.P: En. Nik Azman Nik Abdul Majid Pengarah Seksyen Ekonomi Makro)
Tel: 03 – 8872 3246/ 8872 3250/ 8872 3252
Faks: 03 – 8888 3798
e-mel: rmk10@epu.gov.my atau nikazman@epu.gov.my