The Economic Action Council (EAC) was established on 11 February 2019.

The main functions of the Economic Action Council (EAC) are as follows:

  1. To review and address the current state of the economic and financial affairs as well as welfare of the rakyat;
  2. Formulate strategies to stimulate economic growth and enhance the well-being of the rakyat;
  3. Identify immediate measures to address current issues such as reducing cost of living, creating job opportunities, eradicating poverty and increasing home ownership; and
  4. Coordinate overlapping functions between ministries/agencies in implementing action plans to ensure a sustainable and inclusive socio-economic growth.
  1. MOF dan UPE, JPM akan menjadi Urus Setia Bersama EAC. Urus Setia ini akan bertindak sebagai focal point bagi menyelaras semua perbincangan yang berkaitan dan memantau pelaksanaan keputusan yang dibuat oleh EAC.
  2. Urus Setia ini akan diketuai oleh seorang Pengarah Eksekutif.
  3. Sebuah Pasukan Komunikasi akan diwujudkan di bawah Urus Setia ini bagi menyelaras semua pengumuman dan penyaluran maklumat yang berkaitan dengan EAC.
Mesyuarat EAC diadakan seminggu sekali bagi membincangkan isu-isu semasa ekonomi serta meneliti cadangan yang memerlukan keputusan segera bagi merancak pertumbuhan ekonomi domestik..
  1. EAC dibantu oleh satu Jawatankuasa Peringkat Pegawai, Jawatankuasa Teknikal dan beberapa Kumpulan Kerja.


  2. Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (EAC) adalah seperti berikut:

    1. YAB Perdana Menteri - Pengerusi;

    2. YB Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); 

    3. YB Menteri Kewangan (MOF);

    4. YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi);

    5. Gabenor Bank Negara (BNM); 

    6. YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi;

    7. YBhg. Dato’ Tong Kooi Ong, Pengerusi The Edge;

    8. YBhg. Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, Pengasas MERCY Malaysia;

    9. YBhg. Tan Sri Jamaluddin Ibrahim, Pengerusi Celcom Axiata Berhad;

    10. YBhg. Tan Sri Gnanalingam, Pengerusi Westports Malaysia; dan

    11. YBhg. Tan Sri Jeffrey Cheah, Pengerusi Kumpulan Sunway.


  3. Ahli ex-officio yang dilantik adalah seperti berikut:

    1. Ketua Setiausaha Perbendaharaan; dan

    2. Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM).


  4. Jawatankuasa Peringkat Pegawai ditubuhkan bagi membantu Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (EAC) mengenal pasti isu-isu semasa. Jawatankuasa ini dipengerusikan bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan UPE JPM. Keahlian Jawatankuasa ini terdiri daripada pegawai-pegawai MOF, UPE JPM, BNM dan wakil-wakil sektor swasta.


  5. EAC akan dibantu oleh satu Jawatankuasa Teknikal yang akan menyediakan laporan harian mengenai kedudukan ekonomi global dan domestik. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil daripada MOF, UPE JPM, BNM dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).


  6. Beberapa Kumpulan Kerja (Working Groups) ditubuhkan bagi memantau perkembangan dan cabaran yang dihadapi di peringkat sektoral dan memberi input serta cadangan penyelesaian. Antara sektor utama adalah pelancongan, pasaran buruh, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembinaan, peruncitan dan industri makanan. Bilangan Kumpulan Kerja ini boleh ditambah dari masa ke masa mengikut keperluan. Setiap Kumpulan Kerja akan diketuai bersama oleh pihak kerajaan dan swasta.