PUTRAJAYA, 13 Januari 2023 - Kumpulan Bank Dunia (𝙒𝙤𝙧𝙡𝙙 𝘽𝙖𝙣𝙠 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥) melakukan kunjungan hormat ke atas YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi di Menara Prisma, Putrajaya.

Dalam kunjungan yang disertai Dr. Yasuhiko Matsuda, Pengurus Negara Bank Dunia bagi Malaysia, kedua-dua pihak mengadakan sesi perbincangan berhubung beberapa perkara berkaitan terutama mengenai penglibatan Bank Dunia di Malaysia.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dan pegawai-pegawai kanan kementerian.