Carta Organisasi:
BAHAGIAN PENYELARASAN, KAWALAN DAN PEMANTAUAN
Hubungi Kami:
Pengarah
Bahagian Penyelarasan, Kawalan dan Pemantauan
Kementerian Ekonomi
Aras 2, Menara Prisma
No.26, Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 PUTRAJAYA
MALAYSIA
No. Tel. : 03-8090 2480
Faks : 03-8090 2500
SEKSYEN AGENSI
- Merangka dan melaksanakan dasar serta hala tuju strategik terhadap pengurusan agensi di bawah UPE.
- Memantau tadbir urus dan melaporkan prestasi kewangan agensi-agensi di bawah UPE;
- Membentangkan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri di Mesyuarat Pegawai Kewangan Negeri dan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara selaras dengan Akta Perbadanan (Kekompetenan Badan Perundangan Negeri) 1962 [Akta 380];
- Memproses, menganalisa dan mendapatkan keputusan ke atas permohonan agensi-agensi di bawah UPE selaras dengan akta yang berkaitan bagi permohonan pinjaman, pelaburan, penubuhan anak syarikat, pelupusan aset dan pengisytiharan bonus atau dividen;
- Menyelaras, memperakukan dan mendapatkan keputusan ke atas perkara-perkara berhubung badan berkanun atau agensi bagi permohonan pindaan ke atas akta tubuh badan berkanun atau M&A agensi, penstrukturan semula organisasi dan penggabungan, pembubaran atau perwujudan badan berkanun atau agensi baharu; dan
- Menguruskan pencalonan, pelantikan dan penamatan ahli lembaga pengarah atau lembaga pemegang amanah agensi;
SEKSYEN KEURUSETIAAN
- Menyelaras urusan Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) bagi YB Menteri/YB Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di peringkat UPE;
- Menyelaras urusan maklum balas bagi Mesyuarat Jemaah Menteri di peringkat UPE dan Cabutan Minit Mesyuarat Jemaah Menteri;
- Menyelaras urusan maklum balas bagi mesyuarat peringkat atasan (KSUKP, MBKM, JKTN, Majlis Pembangunan Negara) di peringkat UPE.
- Urus setia Mesyuarat Pasca Kabinet bersama YB Menteri Hal Ehwal Ekonomi (mingguan);
- Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN);
- Urus setia Mesyuarat Dasar UPE; dan
- Menyelaras urusan berkaitan pentadbiran dan korporat bahagian.
SEKSYEN PEMANTAUAN RMKe-12
- Merangka mekanisme tadbir urus untuk mengawal selia Pelan Pelaksanaan Dasar Rancangan Malaysia;
- Memantau kemajuan output dan outcome dasar dan strategi Rancangan Malaysia;
- Menyelaras libat urus dengan semua pihak berkepentingan bagi merangka pelan tindakan;
- Melaporkan status kemajuan secara berkala kepada Jawatankuasa Teknikal Pemantauan yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi);
- Menyelaras penyelesaian isu dan masalah berkaitan pelaksanaan Rancangan Malaysia;
- Membangunkan sistem pemantauan Rancangan Malaysia yang diintegrasikan dengan sistem pemantauan sedia ada berdasarkan keperluan seperti MyProjek (ICU), MyResults (MOF), MyKPI (JPA) dan KPI Menteri (MAMPU/SEPADU);
- Membangunkan kepakaran dan keupayaan berkaitan pemantauan dasar dan strategi serta menjadi agen pengurusan perubahan berdasarkan perbincangan dengan pihak berkepentingan; dan
- Mengoptimakan penggunaan teknologi digital bagi menilai keberkesanan dasar dan strategi Rancangan Malaysia.