Carta Organisasi:
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan
Hubungi Kami:
Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan
Kementerian Ekonomi
Aras 7, Menara Prisma, No.26, Persiaran Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-8000 8000
Faks : 03-8090 2500
Piagam Pelanggan
- Melaksanakan urusan berkaitan pengurusan kewangan mulai dari tarikh maklumat/dokumen lengkap diterima seperti berikut:
BIL
JENIS PEROLEHAN /
TEMPOH PROSES
(HARI BEKERJA) /
1
Pembelian Terus
3
2
Sebut Harga
14
3
Tender
21
- Mengeluarkan Waran Peruntukan kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) utama dan memaklumkan agihan peruntukan kepada Pusat Kos dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh Waran Am diterima;
- Mengeluarkan Waran Tarik Balik dan Pindah Peruntukan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja;
- Memproses Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
- Memproses permohonan bertugas rasmi ke luar negara dalam tempoh lima (5) hari bekerja untuk mendapatkan kelulusan Pegawai Pengawal;
- Memproses semua bil / tuntutan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja;
- Memberikan keputusan permohonan pinjaman kenderaan dan komputer dalam tempoh lima (5) hari bekerja;
- Mengeluarkan pesanan tempatan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
- Mengeluarkan resit rasmi pada tarikh yang sama setiap terimaan yang diuruskan;
- Menyediakan baucer bayaran gaji berasingan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja;
- Menyediakan baucer bayaran pelbagai tuntutan dalam tempoh lima (5) hari bekerja;
- Menguruskan permohonan perwakilan kuasa dan had nilai dalam tempoh lima (5) hari bekerja;
- Memproses semua jenis permohonan perolehan dari tarikh maklumat/dokumen yang lengkap diterima mengikut tempoh berikut:
- Mengemukakan dokumen perubahan gaji ke Jabatan Akauntan Negara / Bahagian Akaun mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh JAN.
- Mengemukakan dokumen perubahan gaji ke Jabatan Akauntan Negara / Bahagian Akaun mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh JAN.
- Melaksanakan urusan-urusan berkaitan khidmat pengurusan di Unit Perancang Ekonomi seperti berikut:
- Mesyuarat Pengurusan Ketua Setiausaha (KSU) Bersama Pengarah Bahagian;
- Menguruskan perkhidmatan pengangkutan kepada pegawai dan kakitangan UPE dalam tempoh tiga (3) hari sebelum pengangkutan diperlukan;
- Pembukaan fail atau menutup fail akan dilakukan dalam masa satu (1) hari bekerja;
- Surat serahan tangan akan dihantar selewat-lewatnya hari berikutnya;
- Permohonan stok dari Bahagian akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja oleh Stor Utama, Kementerian;
- Menguruskan pas keselamatan pegawai dan kakitangan UPE dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
- Menguruskan pelekat kenderaan pegawai dan kakitangan UPE dalam tempoh lima (5) hari bekerja;
- Pengesahan tempahan bilik mesyuarat yang dibuat dapat dilakukan pada hari yang sama;
- Aduan dibuat mengenai penyelenggaraan disampaikan pada pihak kontraktor pada hari yang sama, status menyemak kerja-kerja menyelenggara akan dijalankan dari masa ke semasa;
- Permohonan kelulusan kad inden dan telefon dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
- Menguruskan kontrak di Kementerian dengan pembekal dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tamat kontrak;
- Menyelenggara maklumat Sistem Pengurusan Aset (SPA) setiap 30 hari dan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) sebanyak 4 kali setahun;
- Menjalankan kerja-kerja percetakan dalam masa tiga (3) hari bekerja;
- Memastikan proses pinjaman buku dilaksanakan dalam tempoh satu (1) hari bekerja; dan
- Memastikan pakaian seragam disiapkan sebelum penghujung bulan April pada tahun semasa.