Carta Organisasi:
Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi

Hubungi Kami:
Pengarah
Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi
Kementerian Ekonomi
Aras 9, Menara Prisma, 
No. 26, Persiaran Perdana Presint 3 
62675 Putrajaya

No Tel : 03-90802063 / 03-90802070

Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) telah ditubuhkan oleh Mesyuarat Kabinet pada 11 Mac 2020. Majlis ini merupakan badan penasihat ekonomi tertinggi kepada Kerajaan dan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. EAC berperanan untuk mendorong pertumbuhan ekonomi yang mampan, menggalakkan pelaburan swasta dan menentukan pembangunan sosioekonomi yang inklusif demi kesejahteraan rakyat.

 Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri melalui Bahagian Sekretariat EAC bertanggungjawab membantu urusan keurusetiaan bagi semua peringkat Mesyuarat EAC, memantau dan melaporkan prestasi kemajuan pelaksanaan keputusan-keputusan Mesyuarat EAC kepada YAB Perdana Menteri secara berkala. Bahagian ini diketuai oleh Pengarah Sekretariat EAC.

Objektif

Menjalankan tugas sebagai Urus Setia kepada Majlis Tindakan Ekonomi. Mengurus dan menyelaras penyediaan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Terma Rujukan.

Fungsi

  • Menjadi platform perkongsian antara sektor awam dan sektor swasta mengenai dasar dan strategi ekonomi semasa;
  • Meningkatkan penglibatan sektor swasta dan industri dalam perancangan pembangunan melalui sesi libat urus yang bersistematik bersama pelbagai pihak bekepentingan seperti pemimpin korporat, ahli ekonomi, pelabur tempatan dan asing, perusahaan kecil dan sederhana, ahli akademik dan wakil sektor ekonomi;
  • Memperkukuhkan daya tahan ekonomi negara dengan menangani masalah kerentanan ekonomi di kalangan isi rumah berpendapatan rendah dan pemain industri mikro, kecil dan sederhana;
  • Meningkatkan daya saing dan kualiti persekitaran perniagaan untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama;
  • Menjadi platform untuk menangani isu dan cabaran ekonomi yang bersifat struktural dan dalam jangka masa sederhana dan panjang;
  • Menjadi platform perbincangan mengenai projek pembangunan sosioekonomi berimpak tinggi; dan
  • Meningkatkan tahap keyakinan rakyat, industri dan pelabur kepada Kerajaan melalui libat urus yang meluas.