Selaras dengan pertukaran Perdana Menteri, Kerajaan pada 17 September 2021 telah bersetuju untuk mengekalkan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) sebagai badan penasihat ekonomi tertinggi kepada Kerajaan.
EAC menjalankan peranan:
- Sebagai platform perkongsian antara sektor awam dan sektor swasta mengenai dasar dan strategi ekonomi semasa;
- Meningkatkan penglibatan sektor swasta dan industri dalam perancangan pembangunan melalui sesi libat urus yang bersistematik bersama pelbagai pihak berkepentingan seperti pemimpin korporat, ahli ekonomi, pelabur tempatan dan asing, perusahaan kecil dan sederhana, ahli akademik dan wakil sektor ekonomi;
- Memperkukuhkan daya tahan ekonomi negara dengan menangani masalah kerentanan ekonomi di kalangan isi rumah berpendapatan rendah dan pemain industri mikro, kecil dan sederhana;
- Meningkatkan daya saing dan kualiti persekitaran perniagaan untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama
- Sebagai platform untuk menangani isu dan cabaran ekonomi yang bersifat struktural dan dalam jangka masa sederhana dan panjang;
- Sebagai platform perbincangan mengenai projek pembangunan sosioekonomi berimpak tinggi; dan
- Meningkatkan tahap keyakinan rakyat, industri dan pelabur kepada Kerajaan melalui libat urus yang meluas;
Sekretariat EAC terletak di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi membantu urusan keurusetiaan di semua peringkat Mesyuarat EAC serta memantau dan melaporkan kemajuan perlaksanaan kepada EAC.
Sekretariat EAC diketuai oleh seorang Pengarah Eksekutif.
Sekretariat EAC bertanggungjawab ke atas penyimpanan rekod dan dokumen bahan pembentangan, minit dan lain-lain bahan yang berkaitan dengan Mesyuarat EAC dengan selamat dan sistematik.
EAC juga akan bermesyuarat apabila diperlukan atau diarahkan oleh YAB Pengerusi
-
Ahli EAC:
-
YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Perdana Menteri Malaysia (Pengerusi) -
YB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri -
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Abdul Aziz
Menteri Kewangan -
YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) -
YBhg. Tan Sri Nor Shamsiah binti Mohd Yunus
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) -
YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali
Ahli Akademiki -
YBhg. Datu Hj. Abang Halmi bin Ikhwan
Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak, wakil Negeri Sarawak -
Encik Petrus Gimbad
Wakil Negeri Sabah -
Encik Shahril Sufian bin Hamdan
Pengarah Ekonomi, Pejabat Perdana Menteri -
YBhg. Tan Sri Jamaludin Ibrahim
Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) -
YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar
Pengerusi Bursa Malaysia -
YBhg. Dato' Low Kian Chuan
Presiden The Associated Chinese Chambers of Commerce & Industry of Malaysia (ACCCIM) -
Tuan Haji Abd Halim bin Husin
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) -
YBhg. Tan Sri Dato’ Soh Thian Lai
Presiden Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) -
YBhg. Datuk Dr. A. T. Kumararaja
Setiausaha Agung Malaysia Associated Indian Chambers of Commerce & Industry (MAICCI) -
YB Senator Datuk Seri Zurainah binti Musa
Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad -
Encik Kamarulazman bin Muhamed
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Aerodyne Group
-
- Ahli Ex-officio:
-
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan; dan
-
Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
-